haha.. jiwang karat lak aku tengok cerita ni..
actually , aku balik rumah time study week.. duduk rumah.. tau2 je lah kan tengok tv memanjang..
ade la satu malam ni aku tido lambat time lepas balik kampung dari taiping, tengah tengok tv, then, tetibe ade satu cerita ni , aku rasa tertarik nak tengok cerita ni lagi..
"KAU LAKSANA BULAN"
tengok tajuk ni , tetibe aku rasa tertarik lagi nak tengok episod2 seterusnya..
maybe sebab hero dia Zamarul Hisham kott yang buat aku tertarik dengan cerita ni.. ^^
hahahaha >.<
tade lahhhh...
okay.. ni lah cerita dia..
Friday, 30 December 2011
release tension after study dengan tengok "kau laksana bulan" :))
Posted by Yana Liyana at 10:49 0 comments
Wednesday, 28 December 2011
bersemangat lah time2 study week ni wahai diri !
bila semangat mula nak hilang time2 study week ni mulalah mengoogle cari tips2 dia..
ni je lah yg dapat dikongsikan..
- Cuba paksakan jiwa kita agar fikiran dan minda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada subjek-subjek yang sedang diulangkaji.
- Cuba cari tempat yang paling kurang gangguan untuk mengulangkaji atau belajar seperti bilik atau tempat-tempat yang sunyi tetapi selamat
- Belajar di tempat yang sunyi dan sesuai dijadikan tempat belajaar seperti di dalam bilik, perpustakaaan dan lain-lain lagi
- Sebelum belajar pastikan peralatan yang mencukupi telah disediakan seperti alatulis, nota-nota yang diperlukan atau bagi yang gemar menghirup minuman sediakan air terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran jadi tumpuan anda tidak akan terganggu.
- Salah satu teknik yang baik bagi menghafal atau mengingati pelajaran yang diulangkaji ialah dengan ‘mind map’ atau pun peta minda.
- Jadual waktu belajar hendaklah disediakan atau dirancangkan daripada awal, misalnya 6 bulan lebih awal bagi memastikan pembelajaran tidak dilakukan tergesa-gesa atau ‘last minute study’ iaitu mengulangkaji hanya apabila peperiksaan sedang hampir.
- Pastikan perancangan jadual dipecahkan kepada perkara-perkara yang lebih kecil merangkumi topik dan subtopik.
- Melatih diri anda agar membuat satu perkara dalam satu masa agar tumpuan terjamin dan oleh itu perancangan belajar seperti di atas adalah amat penting.
- Pastikan anda bersiap sedia dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
- Sekiranya mengulangkaji atau berlatih menjawab contoh soalan peperiksaan ia mesti dihabiskan dengan sempurna baru beralih kepada topik matapelajaran atau kertas yang lain. Contohnya jika anda menjawab soalan-soalan kertas satu atau dua habiskan kesemua soalan-soalan yang perlu dijawab.
Posted by Yana Liyana at 07:29 0 comments
awak,awak dah jauh dari saya walaupun kita selalu berjumpa :(
perasaan saya terhadap awak sekarang ni hanyalah sebagai kawan. tiba-tiba perasaan dulu yang mulanya timbul perasaan "a little love with you" dah hilang sekelip mata saja, tanpa saya duga. sorry :( . maybe sebab hari-hari yang kita lalui tak macam dulu lagi. tiada tawa dan senyum awak yang pernah saya lihat sekarang ni bila awak dengan saya. tiada berkongsi macam2 cerita antara awak dengan saya lagi. saya sedih bila kita dah tak macam dulu lagi. disebabkan itulah hati saya dah jauh dari awak. just I wanna to say, awak tetap kawan saya walaupun perasaan tu dah tak ada lagi dalam hati saya,cuma seorang kawan tak lebih dari tu. thanks sebab awak telah singgah dalam hati saya buat sementara waktu. by the way good luck for your final exam !
Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Posted by Yana Liyana at 06:13 0 comments
Saturday, 24 December 2011
PERHATIAN ! PERHATIAN ! INI BERKAITAN DUNIA DAN AKHIRAT !
Siapa-siapa yang suka dengar lagu Bruno Mars - It Will Rain sila lah jangan mendengarnya lagi ! lihat lirik di bawah ni :
Posted by Yana Liyana at 06:00 0 comments
Friday, 16 December 2011
okay, I am not perfect . patut la ada orang tegur .
Assalamualaikum,readers.
tengok tajuk kat atas pun korang tau kan apa yang aku nak cakap.
hari ni ramai sangat orang nak tegur pasal aku.
pagi tadi pensyarah plastics materials tegur pasal pakaian aku. okay, aku terima teguran madam dengan positive. aku tau,aku tak adalah sealim mana pun,dan aku tau aku tak adalah sebaik mana pun. aku cuma manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan. tapi walau aku berpakaian tak adalah seperfect orang-orang yang bertudung labuh,aku tetap jaga batas pergaulan dan aku tetap jugak jaga maruah diri aku sebagai seorang perempuan. walaupun aku bertudung, bagi perempuan normal la nak berfesyen-fesyen ,pashmina,shawl and gaya tudung macam-macam,tapi aku tetap tak terbangkan tudung aku. aku akui kadang-kadang aku pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan or pendek , tapi sekilas dalam hati aku, aku cuba untuk perbaiki diri aku sendiri untuk tak lagi berpakaian macam tu. tapi masa bila pun aku tak tau lah. hanya Allah yang tau. thank youu madam sebab tegur :')
dekat matriks dulu aku dah kena tegur dengan classmate aku sendiri,rizal,pasal penampilan diri aku,first time kot lelaki bukan muhrim tegur aku pasal ni. dia kata " nak berfesyen boleh,tapi kena jaga batas-batas dia. actually aku suka kau pakai tudung biasa nampak lebih cantik"okay. dia tau aku suka pakai shawl semua segala bagai lilit-lilit tu.that's why dia kata macam tu kat aku. oaky,aku terima teguran dia dari sudut positive. kadang-kadang kita perlu ditegur sebab manusia tak 100% perfect ! tapi bial aku fikir balik,kenapa diorang menegur cara berpakaian aku ? padahal ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang maybe lebih teruk pakaian dia dari aku,diorang tak tegur pun. or maybe diorang dah tegur, tapi perempuan-perempuan tu tak ambil kisah. tapi bagi aku, aku kisah pasal ni sebab ia mengenai maruah diri seseorang. okay. ramai orang tegur pasal pakaian aku,perangai and macam-macam lagi, kadang-kadang diorang tegur aku dengan cara berkias, tapi aku still lg tak faham dengan kiasan diorang, sampaila diorang tegur aku depan-depan. kadang-kadang aku terfikir, kenapa ramai sangat yang menegur pasal diri aku ? aku ni tak baik ke di mata diorang ? orang yang melihat mencerminkan diri kita yang sebenar walaupun kita tau siapa diri kita. aku tau orang tegur kita sebab dia tak nak kita lakukan kesalahan yang sama. jadi, sekarang ni,diorang tegur aku tapi aku still lg buat perkara and kesalahan yang sama yang menyebabkan mereka banyak kali menegur aku ? macam tu ?
aku tau , aku memang tak perfect ! ttapi,bagi aku ruang untuk aku perbaiki diri aku. aku tau , aku banyak buat kesalahan kadang-kadang yang kita sendiri pun tak sedar kesalahan tu, tapi percayalah,if seseorang tu banyak melakukan kesalahan,lama-lama dia akan terdiam dan berfikir sejenak akan kesalahan yang dia buat tu. itu lah manusia. bila dia dah melakukan dosa, secara automatik dia akan ingat Allah. tapi ingat, waktu senang jugak kita must remember HIM !
tiba-tiba, aku terasa sentap dengan ayat yang aku tulis ni dan jugak perkara yang berlaku hari ni.
aku tak tau lah kenapa. first, maybe pasal madam tegur aku. second, about my friends. aku tak tau kenapa ada lagi perasaan TOUCHING AND SENSITIVE tu dalam diri aku . aku cuba nak buang and nak berubah taknak touching and sensitive bila orang cakap macam marah or irritating, tapi still lagi macam tak boleh. aku tanya elok-elok, jawab la elok-elok. ni nak marah-marah. maybe ada orang kadang-kadang tak kisah, tapi aku kisah ! dah kita tanya elok-elok tu jawab la elok-elok sikit ! jangan la nak buat muka or apa ! aku tau pendengaran aku sekarang ni macam tak berapa nak elok sangat la kannn, so aku suruh la dia ulang balik, itu pun nak marah and buat suara yang irritating gila tu. aku tengok kawan aku tak dengar apa yang orang lain cakap pun,bila mintak diulang balik tak ada pun nak marah-marah,tapi dengan aku macam tu,kau dah kenapa? sorry to say, aku tak tau macam mana nak hilangkan touching ni lagi tapi aku tetap terasa dengan ayat-ayat kau tu !
okay, sekarang ni dah nak dekat final, aku tension betul dengan subjek Polymer Chemistry ! pensyarah ajar,aku langsung tak faham apa yang diajar. seriously,aku down sangat-sangat bila tengok markah test aku tadi. :'((( subjek ni berkaitan dengan organic chemistry tapi aku tak boleh lagi nak apply kan kat dalam subjek ni. dah la final nak dekat. tiba-tiba , air mata aku macam nak jatuh jer bila ingat balik pasal benda-benda ni. tension ! tension dengan diri,orang, study. "Ya Allah , Kau kuatkan lah hati hamba-Mu ini untuk menghadapi semua ni, aku hanyalah insan yang lemah".tiba-tiba aku sentap sangat hari ni ! :'(((
about one more thing yang aku rasa tersentap lagi, pasal orang yang aku suka, entah la tetiba hari ni aku rasa macam tak ada mood nak layan perasaan "suka" tu. tapi seriously,hari ni aku rasa jelous bila dia macam share something with someone ni. entah la. maybe hari ni, aku dengan dia memang tak banyak cakap,semalam pun mesej just for a while tak macam dulu tu,and maybe pasal dia dengar yang madam tegur pakaian aku tu? entah la , fikiran aku ni fikir macam-macam. okay, dah la jangan fikir bukan-bukan lagi. aku tau , aku sorang jer friend dengan dia kat fb,tapi bila orang lain nak i mean kawan aku nak add dia aku rasa lain macam about my feeling. okay,cukup ! just kawan jer okay. tak payah la nak jelous sangat la kann * cakap pada hati dan diri sendiri* bila aku teringat dia,tetiba aku teringat peristiwa hari rabu hari tu. jalan sama-sama time hujan.
ouhhh. ! stop it yana ! jangan nak layan perasaan sangat la kannnn !
lastly,sorry maybe ada yang aku cakap ni ada kena-mengena ke or apa. cuma mengeluarkan apa yang terpendam yang sekian lama je.
Wassalam.
Posted by Yana Liyana at 13:51 0 comments
Thursday, 15 December 2011
Alhamdulillah,my feeling is better right now !
alhamdulillah..setelah meluahkan apa yg terpendam and share link kat my beloved Fara Aisyah, aku rasa ringan la sikit berbanding tadi,and aku dah mula untik senyum walaupun kat bilik ni hanya aku sorang2 :))
yeahhhhhh ! be strong yana !!!!
sekarang tiba masa aku nak study !
and before study,mestilah baca doa kannnn..
mari baca sama-sama pada orang yang nak study bersama-sama saya :))
Posted by Yana Liyana at 23:40 0 comments
Wednesday, 14 December 2011
It Was Just A Rain
| ||
|
Posted by Yana Liyana at 06:41 0 comments
Monday, 12 December 2011
bila tabiat lama mula menyinggah.....mulalah yana................
bila nak habis sem jer memang dasar ade kemalasan kat situ !
haish ! =.="
fikiran pun mulalah terjah kat rumah *mentang-mentang baru balik rumah*,kat shopping complex,kat kampung,kat adik sepupu,kat mama,kat ayah,kat kereta, macam-macam terjahan berlaku !
apa nak jadi ni yana !
hoii, final nak dekat,silalah bersemangat sikit nak study !
set dalam mind "target 3.5 above,anugerah dekan ! *walaupun aku tau,aku tak mungkin dapat benda tu !*"
okay ! its time to tido ! gud nytessss -.-
Posted by Yana Liyana at 08:40 0 comments
Sunday, 11 December 2011
Alhamdulillah.. my beloved ayah dah semakin kuat !!!
alhamdulillah...syukur sangat2...ayah dah semakin kuat..
minggu ni aku balik rumah, Puncak Alam.
then, aku tengok ayah aku dah semakin kuat. I mean, ayah dah semakin pulih dari sakitnya.
okay,ayah jalani fistula, i mean prosedure pasal buah pinggang la kann *sorry aku dah lama tak belajar benda-benda yang berkaitan dengan penyakit and biology ni* hehe.
but,cuma yang aku nak ungkapkan dari hati anak atas apa yang aku lihat ayah aku hari ni aku sangat gembira. ayah pun gembira dapat jumpa dengan anak manja dia ni kannnn :) hahahaha... :D
yessss..... aku rasa sangat-sangat suka + heksited bebenor bila bercakap nak BALIK RUMAH ! HAMBOIHHHH.. ye la.. UiTM Shah Alam memang tak jauh mana laa dengan Puncak Alam kannn. tapi dengan keje yang belambak-lambak and menimbun-nimbun tu sapa rela nak tinggalkan kannnn ? :/
okayyyy.
bila balik rumah mula la mencari segala high hill and wedges aku dekat rak kasut dan dann handbag for dinner !!! wah wah wah ! heksited bebagai ! cuma dinner PTyS jer. i mean Polymer Technology Society..
butt..heksited mengalahkan pengerusi yang menguruskan dinner ni..
okay , just waiting 20th December ni jerrrr... :))))))
Posted by Yana Liyana at 06:32 0 comments
Wednesday, 7 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
okay,sekarang ni aku mula nak upload gambar Camping Kesatria aku tu !
What I can say is I had a great camping National Kesatria at Hutan Sg Chamang Bentong Pahang !
seriously best gilaaaa !
okay, nigambar2 nye..
Posted by Yana Liyana at 05:20 0 comments
terserempak with the comel guys and lepaking with the hensem guy for this evening ! hehe =)
ouuhhhhhhhhh..... HAHAHAHA...
perasan tak ape yang aku rasa ? perasan tak ? perasan tak ? :D
aku rasa HEKSITED ! ! !
fuhhhhhh.... be relax yana !
cube try relax macam kucing ni . hehe..
okay ! dah relax ! HAHA..
pagi tadi jumpa kembar Fizo Omar kat kafe ! wah,dah lama aku tak temui budak ni kot ! HAHA..just suka sikit je la kat dia ni sbb muka dia comel+hensem..manis kot bila tgk muka dia ni..
okay,itu yang pertama.
yang kedua, baru jer lepas kelas, lepak dgn dia yang hensem.. :))
bukannye lepak apa pun just buat preparation untuk esok. bincang-bincang la sikit kan tapi aku rasa macam lama jer dengan dia ni walaupun ada orang teman. seriously,macam biasa la aku cakap,bila aku dengan dia aku rasa selesa. selesa sebab aku cakap apa yang aku nak cakap,tak gementar,jantung tak la berdegup sangat(walaupun sebenarnya berdegup kuat sikit la jugak) HAHA. tapi tadi aku banyak macam diam jer. tak de la diam sangat tapi suara aku bila dengan dia tetiba jer jadi lembut. haish =.="
okay,itu yg kedua.
ini yang ketiga.
lepas jer discussion,pegi kat blok A jap,then..........................terserempak dengan dia yang comel ! kawan dia yg kat depan tegur aku,okay,sekali tu aku tgk dia kat belakang ada ! aku pandang dia yang comel tu, dia buat muka pulak depan aku plus senyum2 macam malu jer. then, aku tanya la "kenapa buat muka macam tu" dia yang comel senyum,tade jawapan. haishhh.. orang tanya tu jawab laaa ! :/ tapi tape senyuman dia tu buat bertambah lagi comel okay ! then, tiba2 dia patah balik pegi kat blok A ( kat pejabat urusan ape ntah kann ) patah balik,then dia kat pintu masuk,tapi dia tak jadi nak masuk,then,dia tunggu kawan dia yang tegur aku tadi tu kat luar. aku pun masuk la kan office tu,then aku pusing belakang,dia pandang aku macam harimau nak terkam mangsa bole? serious ! pandangan dia tajam kot ! dalam hati aku "awak,saya tau awak tu comel tapi jangan la pandang saya macam nak terkam jer....... :/" urmmmm.....
bila balik kolej,tiba-tiba teringat pasal perkara-perkara ni tadi tersenyum aku sorang2 bole ? HAHA :)))
macam kucing ni senyum ! :))))))
eh,lupa pulak, hari ni aku berbaju kuning. ! wah,tak penah ada kot baju macam ni...
Posted by Yana Liyana at 04:48 0 comments
Friday, 2 December 2011
tiba-tiba aku rasa berkeyakinan gila hari ni nak pakai PASMINA !
Posted by Yana Liyana at 01:31 0 comments
Sunday, 27 November 2011
awak,awak comel dan hensem,boleh jadi kawan ?then,untuk dia,dia tetap hensem.
kenapa aku kata macam ni ? aku tak tau kenapa ? ape jadi dengan aku hari ni ? ape masalah dengan perasaan aku hari ni ? aku pun tak tahu . first time kenal dengan dia,memang sangat selesa kot,dia suka buat lawak. then,baru hari ni aku perasan akan kehadiran dia. dia sangat comel bole ? tersangat sangat ! bila dia senyum,nak luruh tau jantung ni. bila dia gelak hampir nak tercabut semua blood vessel yang ada ni. serious,kenapa hari ni aku baru perasan akan kehadiran dia setelah habis event ni.
baru hari ni aku mula untuk berkawan dengan dia lebih rapat and kenal dia secara betul2. pagi tadi siap buat lawak lagi dengan dia. dia gelak sangat comel. dan baru tadi jugak aku tau nama penuh dia. serious,kenapa semuanya baru hari ni.? kenapa selama ni aku tak perasan langsung dia ada dalam baris ? haishhhh...
tengah hari tadi add dia kat fb then bila bukak malam ni dia approve aku as friend fb dia,then aku stalk fb dia la sekejap,auuuuwwwwwhhhhhhh..........aku tgk gambar2 dia,dia tersangat sangat la comel okayyyy ! dia boleh buat aku crazy tgk gambar dia bole ? then , hati aku terdetik " SUDDENLY I AM CRUSH WITH HIM "
oh God ! ni sangat parah okayyyy ! baru jer hari ni da kenal rapat,jalan bole sama sama lepas kawad itu da bole crush ? ape ni YANA !!!!!! nooooooooooooo !!!!!! aku tak nak perasaan CRUSH ni singgah lagi dalam hati aku ! tapi dia buat aku suka kat dia. sebab dia sangat comel,gentle and baik okayyyy.. sangat bertanggungjawab sebab time kitorang jaga beg dia dengan kawan dia marah kitorang kenapa tak jaga beg budak2 kawad ni. then,ada lagi yang sangat aku rasa peristiwa yang boleh aku jd tetibe rapat,dalam jalan2 tdi tiba2 dia berjalan kawad ke arah aku,then dia buat lawak kat situ,then aku pun apa lagi layan je la kesengalan dia tu.seriously dia memang funny ! sangat suka melawak,argue apa yg org cakap and dia sangat pandai ambik perhatian orang. haishhhhh -.- tak sangka kau classmate dgn kawan yg aku rapat jugak and dgn izni
sekali..
ntah laaa...aku tak tau nak kata apa lagi..
cuma apa yang aku sanggup katakan "KAU COMEL,HENSEM,BAIK,AND AKU NAK JADI KAWAN KAU SAMPAI BILA-BILA BOLEH?"
and pasal DIA yang aku crush skg ni, hari ni langsung macam tak ingat dia kan. tapi tak apa la. nanti jumpa akan ingat la tu . ouhhh, 2 orang aku boleh crush dalam satu masa yang terdekat,memang tersangat parah !
Posted by Yana Liyana at 06:14 0 comments
PERKAD memang terbaik dan sangat BEST !!!
Seriously,this event is so awesome okayyyyy ! seriously perkad la yang terbaik kott. mula-mula aku tanak masuk,tapi disebabkan aku tak nak hadapi ujian kawad and tetibe bersemangat sangat nak masuk kawad ni sebab teringat balik time time PLKN dulu.
Posted by Yana Liyana at 04:16 0 comments
Wednesday, 23 November 2011
I want to be your soulmate dear ! can I ?
it just maybe my feeling right now.
Posted by Yana Liyana at 09:25 0 comments
Friday, 18 November 2011
kami budak polimer yanggggggg........ ;)
hari hari kami busy..
selalunya busy dengan lab report laa.
lab report plastics laa,lab organic chem laa anddd..itu je la lab report yg ktorang selalu buat setiap minggu
sampai da naik bosan da kitorang =.="
Posted by Yana Liyana at 08:20 0 comments
Wednesday, 16 November 2011
bila hati ini dah mengaku perasaan itu,mulalah lidah terasa kelu,speechless dan macam-macam

sebab apa aku rasa macam ni ? sebab aku suka kau.
sebab apa aku rasa bila aku dengan kau ada sama-sama aku rasa kadang-kadang tak tau nak cakap apa walaupun aku ni jenis yang suka cakap ? sebab aku bg kau ruang untuk bercakap dengan aku.
sebab apa aku layan kau macam bestfriend ? because i want our relationship last forever.
sebab apa aku suka berkawan dengan kau ? sebab kau lain dari orang lain yang penah aku jumpa sebelum ni.
sebab apa aku rasa selesa bila berkawan dengan kau ? sebab maybe kau ada satu aura yang buat aku rasa selesa untuk berkawan dengan kau.
sebab apa kadang-kadang aku teringatkan kau bila aku rasa happy dan sedih? sebab bila aku ingatkan kau aku tetiba tersenyum sorang2 dan itu maknanya kau buat aku happy ! :)
and semua sebab-sebab tulah tiba-tiba hati aku ada perasaan ni dekat kau !
adakah kau perasan semua perlakuan aku kat kau ? adakah kau perasan sebab-sebab ni ?
tak ada kann . tapi maybe kau dah perasan tapi kau saja buat tak tahu , or maybe kau sedang menguji aku ?
who knows but He knows everything what I am saying right now.
HAHAHA. benda di atas hanya ada dalam kepala otak aku jer bila tengah fefeeling macam ni..
sesaje nak berfeeling feeling di tengah2 malam macam ni kannnn... HAHA :D
Posted by Yana Liyana at 10:31 0 comments
Thursday, 10 November 2011
cuti cuti ni dia yang menjadi igauan mimpi aku
Posted by Yana Liyana at 07:11 0 comments
Thursday, 3 November 2011
saya tak nak perasaan tu terlintas lagi dalam hati saya ! tolonglah ! tak nak mengharap !
aku cakap macam ni sebab ada reason tersendiri . aku tak nak tertipu lagi dengan perasaan crush kat orang . aku dah serik ! serik sebab aku rasa perasaan crush ni useless yang tak beri apa apa kesan kat diri aku malah aku mengharap buah yang takkan gugur . ye la nama pun crush, lama lama perasaan tu boleh bertukar fall in love . ouuhh.. sangat parah kalau dah tahap ni . kita tak tahu org yang kita crush tu ada makwe ke tak , if dia tak ada makwe lagi , itu mmg mungkin peluang untuk kita , tapi if dia dah ada makwe , tak ke rasa macam frust ! hhmmm....
aku banyak kali jadi macam tu . thats why aku rasa aku , and aku dah terdetik kat dalam hati , "aku tak nak lagi terlintas langsung perasaan crush tu ada dalam hati aku" .
just i wish "hopefully , aku dan hamba Allah tu moga-moga akan terus jadi bestfriend and bestfriend macam yang Syira Sahar kata kan tu" if ada jodoh ,adalah tu takkan ke mana .
aku percaya dengan kuasa Allah . Allah memang dah tertulis dah siapa jodoh kita nanti . and aku percaya "lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik " . mungkin Allah sedang uji aku dalam hal ni . mungkin jugak Allah nak uji ketetapan pendirian aku supaya tak mempermainkan perasaan orang . mungkin jugak Dia nak uji aku supaya menghargai seseorang tu . semuanya mungkin .
then, lets hope for the best for ourself and myself ! :))
Posted by Yana Liyana at 10:00 0 comments
Monday, 31 October 2011
Nikmat yang Allah berikan adalah untuk kita bersyukur
Assalamualaikum.
31 Oktober 2011. dah sampai penghujung bulan 10 dah pun , esok akan bermulalah sejarah bulan baru Welcome to November ! :)
Actually, untuk pengakhiran bulan 10 ni aku nak share something kat pembaca blog semua .
pagi tadi,aku dapat result test MAT438, Foundation for Applied Mathematics,subjek ni macam calculus laa.
more to differentiation and integration. agak mengejutkan,aku dapat good result dalam test tu. Alhamdulillah. terkejut sebab first time dapat markah macam tu and before test,malam tu aku tak boleh nak study sebab terlalu penat sangat then memang tido awal la. pagi tu aku pulun habis. rasanya macam tak masuk,time test pulak,appendiks(formula) math pulak ada kat dalam notes math tu. aduyaiii. nasib baik la ada formula yang aku boleh ingat.haishh.dugaan masa test. tapi alhamdulillah,Allah bagi nikmat tu kat aku. dari result yang aku dapat tu tiba tiba tambah rasa cinta aku yang mendalam terhadapp math and calculus ni ! serious , walaupun kadang kadang memeningkan tapi sangat best buat calculus ni ! :D
mula mula bila dapat sesuatu kejayaan or nikmat,korang mesti rasa happy gila kan? itu lah yang aku rasa jugak. tapi bila fikir balik nikmat Allah bagi ni sekejap,bila bila masa jer Dia boleh ambik balik nikmat tu. kalau kita tak reti untuk bersyukur,rasa riak mula la datang. disebabkan tu la Allah tarik balik nikmat yang dia bagi tu.
kadang kadang korang ada terfikir tak kenapa kadang kadang kita tak dapat apa yang kita nak walaupun kita dah berusaha sehabis yang mungkin ? aku banyak kali berfikir pasal benda tu. sebab aku sendiri banyak kali alami benda yang aku nak tapi aku tak dapat. Allah buat macam tu sebab Dia tak nak kita terlalu bongkak dan sombong. kalau kita dapat kejayaan kita mesti macam bangga bangga kan diri kita dengan kejayaan tu. kita mesti heboh hebohkan kejayaan kita tu. betulkan ? ye la mana tak nye,orang yang dapat kejayaan mesti dia "terover excited" sebab dia dah dapat apa yang dia nak. bila dah macam tu,mula la rasa riak,bongkak dan sombong mula bertandang dalam diri secara tidak sedar.
cubalah korang renung renungkan apa yang korang buat bila dah dapat sesuatu nikmat Allah tu.
cukuplah sampai sini coretan aku buat semua.
Wassalam :))
Posted by Yana Liyana at 05:39 0 comments
Saturday, 29 October 2011
hari yang sangat menjatuhkan semangat ! totally my focus is at HOME !
today is the messiest for me !!! because of what ? because i am not in my focus ! i am lost on doing my PMMA lab report,study plastics materials and polymer chemistry !! next week is my killer week !! four test that i'll do ,BEL,plastics materials, polymer chemistry,and statistic ! owh ! terlalu banyak aku nak pulun dalam 2 hari minggu ni !! ERRR... TENSION ! tension sebab bila nak study jer mengantuk ! then tido la kejap , bukannya kejap tapi berejam !kawad la,kaki still lagi bengkak tak baik baik daripada terseliuh hari tu... owh..
seriously i am really miss my lovely mama !! :'( hauaaaaaaa :( nak balikkkkkkkkkk !!!!
that's why la aku kata "i am not in focus !!! "
then, i really miss my honey ! Fara Aisyah ! bila jumpa kau,aku nak peluk kau boleh ? serious rindu gilaa..
Posted by Yana Liyana at 10:37 2 comments



























