Followers

Friday, 30 December 2011

release tension after study dengan tengok "kau laksana bulan" :))

haha.. jiwang karat lak aku tengok cerita ni..
actually , aku balik rumah time study week.. duduk rumah.. tau2 je lah kan tengok tv memanjang..
ade la satu malam ni aku tido lambat time lepas balik kampung dari taiping, tengah tengok tv, then, tetibe ade satu cerita ni , aku rasa tertarik nak tengok cerita ni lagi..
"KAU LAKSANA BULAN"
tengok tajuk ni , tetibe aku rasa tertarik lagi nak tengok episod2 seterusnya..
maybe sebab hero dia Zamarul Hisham kott yang buat aku tertarik dengan cerita ni.. ^^
hahahaha >.<
tade lahhhh...
okay.. ni lah cerita dia..


kalau nak, tengok la kat youtube sendiri la ea..
okay la, dah tengah malam da ni..
esok nak bangun awal [ macam la boleh kann, tido lambat ni..hehe]
then esok nak sambung baca buku tamadun islam dan tamadun asia (TITAS)
goodluck yana !!
fight habis2 for the final ! ^^

Wednesday, 28 December 2011

bersemangat lah time2 study week ni wahai diri !

bila semangat mula nak hilang time2 study week ni mulalah mengoogle cari tips2 dia..
ni je lah yg dapat dikongsikan..


  • Cuba paksakan jiwa kita agar fikiran dan minda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada subjek-subjek yang sedang diulangkaji.
  • Cuba cari tempat yang paling kurang gangguan untuk mengulangkaji atau belajar seperti bilik atau tempat-tempat yang sunyi tetapi selamat
  • Belajar di tempat yang sunyi dan sesuai dijadikan tempat belajaar seperti di dalam bilik, perpustakaaan dan lain-lain lagi
  • Sebelum belajar pastikan peralatan yang mencukupi telah disediakan seperti alatulis, nota-nota yang diperlukan atau bagi yang gemar menghirup minuman sediakan air terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran jadi tumpuan anda tidak akan terganggu.
  • Salah satu teknik yang baik bagi menghafal atau mengingati pelajaran yang diulangkaji ialah dengan ‘mind map’ atau pun peta minda.
  • Jadual waktu belajar hendaklah disediakan atau dirancangkan daripada awal, misalnya 6 bulan lebih awal bagi memastikan pembelajaran tidak dilakukan tergesa-gesa atau ‘last minute study’ iaitu mengulangkaji hanya apabila peperiksaan sedang hampir.
  • Pastikan perancangan jadual dipecahkan kepada perkara-perkara yang lebih kecil merangkumi topik dan subtopik.
  • Melatih diri anda agar membuat satu perkara dalam satu masa agar tumpuan terjamin dan oleh itu perancangan belajar seperti di atas adalah amat penting.
  • Pastikan anda bersiap sedia dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
  • Sekiranya mengulangkaji atau berlatih menjawab contoh soalan peperiksaan ia mesti dihabiskan dengan sempurna baru beralih kepada topik matapelajaran atau kertas yang lain. Contohnya jika anda menjawab soalan-soalan kertas satu atau dua habiskan kesemua soalan-soalan yang perlu dijawab.
hooooyyyeeeaaahhhh ! bersemangat la sikit wahai yana !
nak exam ni kannn...
okay la..nak tido awal then esok nak bangun awal nak study awal2 pagi supaya dapat masuk apa yang dibaca ! aminn...

awak,awak dah jauh dari saya walaupun kita selalu berjumpa :(

perasaan saya terhadap awak sekarang ni hanyalah sebagai kawan. tiba-tiba perasaan dulu yang mulanya timbul perasaan "a little love with you" dah hilang sekelip mata saja, tanpa saya duga. sorry :( . maybe sebab hari-hari yang kita lalui tak macam dulu lagi. tiada tawa dan senyum awak yang pernah saya lihat sekarang ni bila awak dengan saya. tiada berkongsi macam2 cerita antara awak dengan saya lagi. saya sedih bila kita dah tak macam dulu lagi. disebabkan itulah hati saya dah jauh dari awak. just I wanna to say, awak tetap kawan saya walaupun perasaan tu dah tak ada lagi dalam hati saya,cuma seorang kawan tak lebih dari tu. thanks sebab awak telah singgah dalam hati saya buat sementara waktu. by the way good luck for your final exam !


Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Saturday, 24 December 2011

PERHATIAN ! PERHATIAN ! INI BERKAITAN DUNIA DAN AKHIRAT !

Siapa-siapa yang suka dengar lagu Bruno Mars - It Will Rain sila lah jangan mendengarnya lagi ! lihat lirik di bawah ni :


dulu,aku suka sangat dengar lagu ni, tapi bila dah tau pasal ni terus aku rasa tak nak dengar lagi ! lagi menyesatkan lagi ! Please sebarkan kepada semua Muslim !

Friday, 16 December 2011

okay, I am not perfect . patut la ada orang tegur .

Assalamualaikum,readers.
tengok tajuk kat atas pun korang tau kan apa yang aku nak cakap.
hari ni ramai sangat orang nak tegur pasal aku.
pagi tadi pensyarah plastics materials tegur pasal pakaian aku. okay, aku terima teguran madam dengan positive. aku tau,aku tak adalah sealim mana pun,dan aku tau aku tak adalah sebaik mana pun. aku cuma manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan. tapi walau aku berpakaian tak adalah seperfect orang-orang yang bertudung labuh,aku tetap jaga batas pergaulan dan aku tetap jugak jaga maruah diri aku sebagai seorang perempuan. walaupun aku bertudung, bagi perempuan normal la nak berfesyen-fesyen ,pashmina,shawl and gaya tudung macam-macam,tapi aku tetap tak terbangkan tudung aku. aku akui kadang-kadang aku pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan or pendek , tapi sekilas dalam hati aku, aku cuba untuk perbaiki diri aku sendiri untuk tak lagi berpakaian macam tu. tapi masa bila pun aku tak tau lah. hanya Allah yang tau. thank youu madam sebab tegur :')
dekat matriks dulu aku dah kena tegur dengan classmate aku sendiri,rizal,pasal penampilan diri aku,first time kot lelaki bukan muhrim tegur aku pasal ni. dia kata " nak berfesyen boleh,tapi kena jaga batas-batas dia. actually aku suka kau pakai tudung biasa nampak lebih cantik"okay. dia tau aku suka pakai shawl semua segala bagai lilit-lilit tu.that's why dia kata macam tu kat aku. oaky,aku terima teguran dia dari sudut positive. kadang-kadang kita perlu ditegur sebab manusia tak 100% perfect ! tapi bial aku fikir balik,kenapa diorang menegur cara berpakaian aku ? padahal ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang maybe lebih teruk pakaian dia dari aku,diorang tak tegur pun. or maybe diorang dah tegur, tapi perempuan-perempuan tu tak ambil kisah. tapi bagi aku, aku kisah pasal ni sebab ia mengenai maruah diri seseorang. okay. ramai orang tegur pasal pakaian aku,perangai and macam-macam lagi, kadang-kadang diorang tegur aku dengan cara berkias, tapi aku still lg tak faham dengan kiasan diorang, sampaila diorang tegur aku depan-depan. kadang-kadang aku terfikir, kenapa ramai sangat yang menegur pasal diri aku ? aku ni tak baik ke di mata diorang ? orang yang melihat mencerminkan diri kita yang sebenar walaupun kita tau siapa diri kita. aku tau orang tegur kita sebab dia tak nak kita lakukan kesalahan yang sama. jadi, sekarang ni,diorang tegur aku tapi aku still lg buat perkara and kesalahan yang sama yang menyebabkan mereka banyak kali menegur aku ? macam tu ? 
aku tau , aku memang tak perfect ! ttapi,bagi aku ruang untuk aku perbaiki diri aku. aku tau , aku banyak buat kesalahan kadang-kadang yang kita sendiri pun tak sedar kesalahan tu, tapi percayalah,if seseorang tu banyak melakukan kesalahan,lama-lama dia akan terdiam dan berfikir sejenak akan kesalahan yang dia buat tu. itu lah manusia. bila dia dah melakukan dosa, secara automatik dia akan ingat Allah. tapi ingat, waktu senang jugak kita must remember HIM ! 
tiba-tiba, aku terasa sentap dengan ayat yang aku tulis ni dan jugak perkara yang berlaku hari ni.
aku tak tau lah kenapa. first, maybe pasal madam tegur aku. second, about my friends. aku tak tau kenapa ada lagi perasaan TOUCHING AND SENSITIVE tu dalam diri aku . aku cuba nak buang and nak berubah taknak touching and sensitive bila orang cakap macam marah or irritating, tapi still lagi macam tak boleh. aku tanya elok-elok, jawab la elok-elok. ni nak marah-marah. maybe ada orang kadang-kadang tak kisah, tapi aku kisah ! dah kita tanya elok-elok tu jawab la elok-elok sikit ! jangan la nak buat muka or apa ! aku tau pendengaran aku sekarang ni macam tak berapa nak elok sangat la kannn, so aku suruh la dia ulang balik, itu pun nak marah and buat suara yang irritating gila tu. aku tengok kawan aku tak dengar apa yang orang lain cakap pun,bila mintak diulang balik tak ada pun nak marah-marah,tapi dengan aku macam tu,kau dah kenapa? sorry to say, aku tak tau macam mana nak hilangkan touching ni lagi tapi aku tetap terasa dengan ayat-ayat kau tu !
okay, sekarang ni dah nak dekat final, aku tension betul dengan subjek Polymer Chemistry ! pensyarah ajar,aku langsung tak faham apa yang diajar. seriously,aku down sangat-sangat bila tengok markah test aku tadi. :'(((  subjek ni berkaitan dengan organic chemistry tapi aku tak boleh lagi nak apply kan kat dalam subjek ni. dah la final nak dekat. tiba-tiba , air mata aku macam nak jatuh jer bila ingat balik pasal benda-benda ni. tension ! tension dengan diri,orang, study. "Ya Allah , Kau kuatkan lah hati hamba-Mu ini untuk menghadapi semua ni, aku hanyalah insan yang lemah".tiba-tiba aku sentap sangat hari ni ! :'(((
about one more thing yang aku rasa tersentap lagi, pasal orang yang aku suka, entah la tetiba hari ni aku rasa macam tak ada mood nak layan perasaan "suka" tu. tapi seriously,hari ni aku rasa jelous bila dia macam share something with someone ni. entah la. maybe hari ni, aku dengan dia memang tak banyak cakap,semalam pun mesej just for a while tak macam dulu tu,and maybe pasal dia dengar yang madam tegur pakaian aku tu? entah la , fikiran aku ni fikir macam-macam. okay, dah la jangan fikir bukan-bukan lagi. aku tau , aku sorang jer friend dengan dia kat fb,tapi bila orang lain nak i mean kawan aku nak add dia aku rasa lain macam about my feeling. okay,cukup ! just kawan jer okay. tak payah la nak jelous sangat la kann * cakap pada hati dan diri sendiri* bila aku teringat dia,tetiba aku teringat peristiwa hari rabu hari tu. jalan sama-sama time hujan.
ouhhh. ! stop it yana ! jangan nak layan perasaan sangat la kannnn !


lastly,sorry maybe ada yang aku cakap ni ada kena-mengena ke or apa. cuma mengeluarkan apa yang terpendam yang sekian lama je. 


Wassalam.

Thursday, 15 December 2011

Alhamdulillah,my feeling is better right now !

alhamdulillah..setelah meluahkan apa yg terpendam and share link kat my beloved Fara Aisyah, aku rasa ringan la sikit berbanding tadi,and aku dah mula untik senyum walaupun kat bilik ni hanya aku sorang2 :))


yeahhhhhh ! be strong yana !!!!


sekarang tiba masa aku nak study !


and before study,mestilah baca doa kannnn..
mari baca sama-sama pada orang yang nak study bersama-sama saya :))


Yang Bermaksud :
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

Wednesday, 14 December 2011

It Was Just A Rain

Rain, Rain

 Rain, Rain please pour on me
Rain, Rain please set me free

Rain, Rain don't let the sun shine through
Rain, Rain my heart is now a pit of goo

Rain, Rain blow the ocean breeze
Rain, Rain sway the forest trees.

Rain, Rain don't wash away
Rain, Rain I wish you could stay

Rain, Rain don't let the birds chirp or the children play.
Rain, Rain please stop time today.


Rain, Rain Do you understand my sorrow?
Rain, Rain please be here tomorrow 



:))))))

Monday, 12 December 2011

bila tabiat lama mula menyinggah.....mulalah yana................

bila nak habis sem jer memang dasar ade kemalasan kat situ !
haish ! =.="
fikiran pun mulalah terjah kat rumah *mentang-mentang baru balik rumah*,kat shopping complex,kat kampung,kat adik sepupu,kat mama,kat ayah,kat kereta, macam-macam terjahan berlaku !
apa nak jadi ni yana !
hoii, final nak dekat,silalah bersemangat sikit nak study !
set dalam mind "target 3.5 above,anugerah dekan ! *walaupun aku tau,aku tak mungkin dapat benda tu !*"
okay ! its time to tido ! gud nytessss -.-

Sunday, 11 December 2011

Alhamdulillah.. my beloved ayah dah semakin kuat !!!

alhamdulillah...syukur sangat2...ayah dah semakin kuat..
minggu ni aku balik rumah, Puncak Alam.
then, aku tengok ayah aku dah semakin kuat. I mean, ayah dah semakin pulih dari sakitnya.
okay,ayah jalani fistula, i mean prosedure pasal buah pinggang la kann *sorry aku dah lama tak belajar benda-benda yang berkaitan dengan penyakit and biology ni* hehe.
but,cuma yang aku nak ungkapkan dari hati anak atas apa yang aku lihat ayah aku hari ni aku sangat gembira. ayah pun gembira dapat jumpa dengan anak manja dia ni kannnn :) hahahaha... :D
yessss..... aku rasa sangat-sangat suka + heksited bebenor bila bercakap nak BALIK RUMAH ! HAMBOIHHHH.. ye la.. UiTM Shah Alam memang tak jauh mana laa dengan Puncak Alam kannn. tapi dengan keje yang belambak-lambak and menimbun-nimbun tu sapa rela nak tinggalkan kannnn ? :/
okayyyy.

bila balik rumah mula la mencari segala high hill and wedges aku dekat rak kasut dan dann handbag for dinner !!! wah wah wah ! heksited bebagai ! cuma dinner PTyS jer. i mean Polymer Technology Society..
butt..heksited mengalahkan pengerusi yang menguruskan dinner ni..
okay , just waiting 20th December ni jerrrr... :))))))

Wednesday, 7 December 2011

Wordless Wednesday #1#

i want to say something tapi tak terungakap by the way that is call the Wordless Wednesday ! :))

Tuesday, 6 December 2011

okay,sekarang ni aku mula nak upload gambar Camping Kesatria aku tu !

What I can say is I had a great camping National Kesatria at Hutan Sg Chamang Bentong Pahang !
seriously best gilaaaa !
okay, nigambar2 nye..

we are the polymerian yang pergi camping ni..haishh..semua komander da kenal kitorang as budak getah okayyy ! lebih2 lagi komander amerul..suka usik aku ngn aini yg sblh kiri tu..

ni pulak teruna2 yg kesepian menunggu pintu bas bukak..ape lagi snap muka bosan dorg..HAHA..yang tinggi tu penghulu waktu kat camp..yang kedua dari kanan tu zaid ic platun 5,ketua platun aku laaa...

ni pulak alin...dia ni okay org nye..masuk PERKAD skali ngn aku..dia budak bio tauu..skali ngn penghulu tadi tuuu..

ni pulak penolong kletua platun 5..wani,budak forensik..

gambar2 ni ambik waktu berehat kat Genting Sempah jap..tapi sayang,tak dapat nak ambik gambar air terjun and semua aktiviti kat camp :"(  tapi tak apa fb kan ada nanti komander upload ! hehe..

okayy..itu je la yea..nak study untuk quiz plastics materials esok.. :)))


terserempak with the comel guys and lepaking with the hensem guy for this evening ! hehe =)

ouuhhhhhhhhh..... HAHAHAHA...
perasan tak ape yang aku rasa ? perasan tak ? perasan tak ? :D
aku rasa HEKSITED ! ! !
fuhhhhhh.... be relax yana !

cube try relax macam kucing ni . hehe..

okay ! dah relax ! HAHA..
pagi tadi jumpa kembar Fizo Omar kat kafe ! wah,dah lama aku tak temui budak ni kot ! HAHA..just suka sikit je la kat dia ni sbb muka dia comel+hensem..manis kot bila tgk muka dia ni..
okay,itu yang pertama.
yang kedua, baru jer lepas kelas, lepak dgn dia yang hensem.. :))
bukannye lepak apa pun just buat preparation untuk esok. bincang-bincang la sikit kan tapi aku rasa macam lama jer dengan dia ni walaupun ada orang teman. seriously,macam biasa la aku cakap,bila aku dengan dia aku rasa selesa. selesa sebab aku cakap apa yang aku nak cakap,tak gementar,jantung tak la berdegup sangat(walaupun sebenarnya berdegup kuat sikit la jugak) HAHA. tapi tadi aku banyak macam diam jer. tak de la diam sangat tapi suara aku bila dengan dia tetiba jer jadi lembut. haish =.="
okay,itu yg kedua.
ini yang ketiga.
lepas jer discussion,pegi kat blok A jap,then..........................terserempak dengan dia yang comel ! kawan dia yg kat depan tegur aku,okay,sekali tu aku tgk dia kat belakang ada ! aku pandang dia yang comel tu, dia buat muka pulak depan aku plus senyum2 macam malu jer. then, aku tanya la "kenapa buat muka macam tu" dia yang comel senyum,tade jawapan. haishhh.. orang tanya tu jawab laaa ! :/ tapi tape senyuman dia tu buat bertambah lagi comel okay ! then, tiba2 dia patah balik pegi kat blok A ( kat pejabat urusan ape ntah kann ) patah balik,then dia kat pintu masuk,tapi dia tak jadi nak masuk,then,dia tunggu kawan dia yang tegur aku tadi tu kat luar. aku pun masuk la kan office tu,then aku pusing belakang,dia pandang aku macam harimau nak terkam mangsa bole? serious ! pandangan dia tajam kot ! dalam hati aku "awak,saya tau awak tu comel tapi jangan la pandang saya macam nak terkam jer....... :/" urmmmm.....

bila balik kolej,tiba-tiba teringat pasal perkara-perkara ni tadi tersenyum aku sorang2 bole ? HAHA :)))


macam kucing ni senyum ! :))))))

eh,lupa pulak, hari ni aku berbaju kuning. ! wah,tak penah ada kot baju macam ni...

hehe..blazer ni baru beli..okay kannn ? :))))

Friday, 2 December 2011

tiba-tiba aku rasa berkeyakinan gila hari ni nak pakai PASMINA !

hari ni aku rasa yakin sangat2 nak pakai pashmina !
heksited terlebih malam tadi search kat youtube pasal tutorial pashmina ni.
HAHAHA :D
actually dah lama dah nak pakai tapi keyakinan tu tak ada lagi kot time tu,now,i have it !
WOW ! ada feedback yang baik !
aku pegi kelas pagi tadi masuk jer classmate aku kata okay ! lain dari yang lain !
Ain pulak budak teknologi bahan kata aku cantik gila hari ni . haishhh segan aku ! -.-
HAHAHA :D
apa - apa pun aku sangat suka style aku hari ni. :)
then,aku segan gila bila aku lalu sebelah student lelaki UiTM dorang sume pandang aku, segan,macam aku orang asing jer.. :/
urm , by the way , congrats yana ! kau dah berjaya pakai pashmina yang kau idamkan tu ! HAHA :D