Followers

Saturday, 31 March 2012

Always be CONFIDENCE, be BRAVE !

Assalamualaikum :) *senyum panjang-panjang nampak gigi*

Alhamdulillah. Aku dah semakin berani! Berani? Ni bukan berani bergaduh ke hapa. Tapi berani dalam macam-macam aspek yang positif.

Nak tau kenapa? Segalanya bermula dengan Kokurikulum yang aku masuk dengan pilihan rela hati "BAHASA MELAYU DEBATING". Semuanya bermula dengan itulah. Dan sejak itulah aku mula jatuh cinta dengan debat ! Mungkin aku dah nampak kelebihan dia.

Banyak sebenarnya yang aku dapat kelebihan daripada masuk debat ni. Tak boleh untuk diungkapkan dengan kata-kata, tapi cuma ALLAH yang tau segalanya.

Ramai yang tanya aku, kenapa pilih debat bahsa Melayu ni sebagai pilihan KOKO aku. Ada banyak reason.
Aku suka cakap, aku suka bagi pendapat, aku nak bina keyakinan diri dan menjadi berani untuk argue pendapat orang, dan melatih kelancaran percakapan aku jugak . :)

And now, aku dah berubah menjadi seorang yang berkeyakinan dan berani. Walaupun tak banyak tapi ada sikit pun jadi la kan. Aku nak teruskan usaha aku ni untuk berubah ke arah yang lebih baik ! :)
InsyaAllah. mudah-mudahan. :)

Friday, 30 March 2012

Betul ke orang kata muka hampir sama ada jodoh?

Errrrr. No comment for this statement. Tapi, tapi, dan tapi, ada kebenaran jugak kannn? :)

Entah kenapa?

Apa yang aku rasa speechless, terkejut, dan tak tau !

semuanya terjadi pagi tadi dekat lab. Aku memang selalu dengan dia. Buat lab mesti berpartner kan dia. Tapi perasaan tu semuanya dah berlalu ! Yessss. DAH BERLALU ! Nothing happen with my heart about him. Dah tak ada apa apa perasaan, cuma HANYA KAWAN ! Tapi kenapa perasaan tu datang balik bila lab assistant kata rupa aku dengan dia sama. Dia da blushing okayyy! Kenapa datang perasaan tu lagi. KENAPA masih teringat apa yang terjadi pagi tadi.?

Tetibe aku teringat that person. My Dae Woong. Rindu. Dia menghilang entah kenapa?

Okayyyy. Aku cuma nak mengelak dari tercrush lagi dengan coursemate aku, tak akan, tak nak. Cuma nak sematkan dalam hati HANYA KAWAN. Biar lah sekarang that "Dae Woong" is a last person who I had crush crush on him, because he really inspire me :) . AMIN. :)

Actually, google pasal ni tetibe terjumpa ayat ni. "...jodoh kita....ada disekeliling kita...kita sentiasa bertemu..berselisih...adakala nya bersapa mesra.....namun....tanpa kita sedar...kita langsung tidak peduli....bahawa itu lah jodoh kita....."


mudah mudahan macam tu la. :)


tambahan , doa pendekat jodoh :)


baca la bila anda telah suka akan seseorang itu :)




tak nak rotate. tak nak edit. biar semula jadi gambar ni macam ni. 
btw, first time pakai tudung bawal fesyen macam ni tauuu -.-

Wednesday, 28 March 2012

Wordless Wednesday #2#

Sunyi tanpa seseorang, hilang entah ke mana? Sepi yang merungkapkan kerinduan. Semuanya dapat terungkap dari gambar di atas. :/

Thursday, 1 March 2012

The CAPITAL E.

Sejak kali pertama,
aku hanya berkata - kata pada bibir.

Sejak kali pertama,
hatiku terdetik.

Sejak kali pertama,
 bibirku tersenyum mekar melihat kau tersenyum.

Sejak kali pertama,
tawaku riang pabila kau mengusikku.

Sejak kali pertama,
kau buatku terpesona dengan gayamu.

Sejak kali pertama,
kau menguatkan hatiku.

Sejak kali pertama,
kau menguatkan lagi rinduku.

Sejak kali pertama,
ukhwahku dan kau semakin hampir.

Sejak kali pertama,
doaku tak pernah putus.

Sejak kali pertama,
you are the Mr. Right to me.

Dan sejak kali pertama itulah,
Kau lah orang itu yang ku cari selama ini.

Dan sejak kali pertama itu lah,
muculnya the MR. CAPITAL E dalam diari hidupku. :)