Followers

Wednesday, 15 August 2012

Sememangnya

Aku tak pasti
Perasaan yang mendatang
Perasaan itu sememangnya aku tau
Tapi tak pasti
Dia datang tak ku sangka
Bukan meminta
Dan bukan merancang
Bertandang di ruang hati, berterus terang
Sememangnya terdetik akan terjadi begitu


Bila baca banyak kali tweet di atas
Aku tak boleh tipu
Tak boleh tipu diri sendiri apatah lagi perasaan.

Sememangnya betul tweet tu sebenarnya.
Bagi aku, hati aku tak ada lah tertarik sangat dengan lelaki yang malu-malu tapi mahu.
Tak gentle. Pengecut pun nampak ada juga.
Be a gentleman lah wahai lelaki!
Kalau kau suka dengan perempuan tu terus terang je.
Dah banyak pengalaman aku melalui benda ni.
But kali ni, kali kedua aku berhadapan dengan lelaki yang berterus terang macam ni.
Tapi tak macam dulu.
Maksud aku, aku tak main terjah je macam yang aku buat dulu.
Biar akal menguasai hati dan perasaan!
Dan bukan perasaan dan keinginan menguasai akal fikiran yang sangatlah waras bagi kita sebagai manusia!
Kenal dulu dengan dia, be as bestfriend relationship.
Kawan aku kata hubungan percintaan sebenarnya bermula dengan persahabatan. :)

P/S: Mungkin suatu hari nanti, hati aku mungkin terbuka untuk menerima cinta darinya. It's just a MAYBE. :)

Thursday, 9 August 2012

Perang Lagi

Akal Meraung "Puas lah hati kau buat dia macam tu! Puas lah tu kan?!"


Bisikan Kalbu "Aku serba salah!"

Akal Meraung "Buat apa kau nak rasa serba salah, memang itu yang kau nak kann?!"

Bisikan Kalbu "Aku cuma menyatakan perasaan sebenar bukan untuk menipu, dan itu benar!"

Akal Meraung "Yang benar itulah yang buat dia sakit kau tahu?!"

Bisikan Kalbu "Aku memang dah tahu itu sebelum aku luahkan pada dia."

Akal Meraung "Kau buat dia terasa hati, kau buat dia kecil hati kau tahu tak?!"

Bisikan Kalbu "Aku tahu. Aku yang buat dia jadi macam tu. Aku lah penyebabnya!"

Akal Meraung "Sekarang, kau menyesal?"

Bisikan Kalbu "Aku menyesal buat dia sakit, buat hati dia sakit! Aku menyesal! Tapi menyesal aku terselit rasa lega."

Akal Meraung "Lega? Lega sebab kau dah luahkan perkara sebenar bukan?! Lega sebab kau boleh bersuka ria dengan buah hati kau tu kan?! Lega sebab kau tak lagi menipu dia yang kau ni tak ada perasaan cinta langsung dekat dia bukan?! Memang kau lega lah! Sebab itu yang kau nak, yang kau mahu!"

Bisikan Kalbu "Memang itu yang aku mahu! Kepuasan hati aku yang aku utamakan!"

Akal Meraung "Kepuasan hati kau yang buat dia merana! Kepuasan ke itu?!"

Bisikan Kalbu "Okay, aku mengalah! Memang aku yang salah! Memang aku buat dia merana, terseksa! Semua salah aku!"

Akal Meraung "Baguslah kau mengaku itu semua punca dari perbuatan kau sendiri!"

Wednesday, 8 August 2012

Pendam atau Luah?

Hati "Perasaan cinta dari hati ini perlu diluahkan."

                                   Otak "Jangan! Biarlah ia dipendam dan disimpan dalam kotak istina hati."

Hati "Sampai bila kau nak pendam?"

                                  Otak "Bila tiba masanya ia akan terluah dengan sendirinya."

Hati "Tapi, bila masanya?"

                                 Otak "Sampai kau tahu itulah masanya."

Hati "Tapi, aku tidak terdaya untuk pendam."

                                 Otak "Kau mampu wahai HATI."

Hati "Macam mana aku nak mampu? Kalau dah setiap hari , setiap masa perasaan cinta itu aku pendam!"

                                Otak "Cinta itu tak seharusnya diluahkan dengan kata-kata, dan cinta itu tak seharusnya ditunjukkan dengan perbuatan, hanya HATI kau dan dia yang dapat menegetahui kekuatan cinta itu sebenarnya."

Hati "Bagaimana aku mengetahui semua itu?"

                               Otak "It a sense! It a instinct!"

Hati "How it does occur?"

                             Otak "Bila Allah ciptakan dia untuk kau, Allah akan satukan HATI dia dan HATI kau. Dan kau dengan dia akan merasai penyatuan cinta itu melalui 'sense' dan 'instinct' yang dianugerahkan. Itulah 'LUAHAN' yang sebenarnya."


'HATI' kadang-kadang ia meronta-ronta meluahkan perasaan itu.

'OTAK' dicipta untuk berfikir dengan kematangan.

'OTAK' mengawal 'HATI', dan 'HATI' dikawal oleh 'OTAK'.

Sebab tu orang kata:

"Ikut hati mati, ikut rasa binasa."

P/S : note to myself also :)