Followers

Thursday, 9 August 2012

Perang Lagi

Akal Meraung "Puas lah hati kau buat dia macam tu! Puas lah tu kan?!"


Bisikan Kalbu "Aku serba salah!"

Akal Meraung "Buat apa kau nak rasa serba salah, memang itu yang kau nak kann?!"

Bisikan Kalbu "Aku cuma menyatakan perasaan sebenar bukan untuk menipu, dan itu benar!"

Akal Meraung "Yang benar itulah yang buat dia sakit kau tahu?!"

Bisikan Kalbu "Aku memang dah tahu itu sebelum aku luahkan pada dia."

Akal Meraung "Kau buat dia terasa hati, kau buat dia kecil hati kau tahu tak?!"

Bisikan Kalbu "Aku tahu. Aku yang buat dia jadi macam tu. Aku lah penyebabnya!"

Akal Meraung "Sekarang, kau menyesal?"

Bisikan Kalbu "Aku menyesal buat dia sakit, buat hati dia sakit! Aku menyesal! Tapi menyesal aku terselit rasa lega."

Akal Meraung "Lega? Lega sebab kau dah luahkan perkara sebenar bukan?! Lega sebab kau boleh bersuka ria dengan buah hati kau tu kan?! Lega sebab kau tak lagi menipu dia yang kau ni tak ada perasaan cinta langsung dekat dia bukan?! Memang kau lega lah! Sebab itu yang kau nak, yang kau mahu!"

Bisikan Kalbu "Memang itu yang aku mahu! Kepuasan hati aku yang aku utamakan!"

Akal Meraung "Kepuasan hati kau yang buat dia merana! Kepuasan ke itu?!"

Bisikan Kalbu "Okay, aku mengalah! Memang aku yang salah! Memang aku buat dia merana, terseksa! Semua salah aku!"

Akal Meraung "Baguslah kau mengaku itu semua punca dari perbuatan kau sendiri!"

0 comments: