Kita lahir dari masa yang berbeza.
Kita lahir dari hari yang berbeza.
Kita lahir dari tarikh yang berbeza.
Kita lahir dari bulan yang berbeza.
Kita lahir dari tahun yang berbeza.
Malah umur kita juga berbeza.
Adakah itu jurang perbezaan untuk kita tidak berkawan?
Kita datang dari tempat yang berbeza.
Kita datang dari rumah yang berbeza.
Kita datang dari daerah yang berbeza.
Malah kita datang dari negeri yang berbeza.
Adakah tempat yang berbeza itu boleh menjarakkan silaturrahim antara kita?
Kita datang dari keluarga yang berlainan keturunan.
Kita datang dari keluarga yang berlainan.
Malah kita ber'bin' dan ber'binti' dari ayah yang berlainan.
Adakah perbezaan itu menghalang kita untuk mengenali lebih rapat antara keluarga kita?
Warna kulit kita kadang-kadang ada bezanya.
Hitam manis, sawo matang, cerah, dan kuning langsat.
Adakah perbezaan itu yang boleh membuatkan kita rasa janggal untuk berkawan?
Hobi kita berbeza.
Minat kita berbeza.
Matlamat kita berbeza.
Kursus yang kita belajar di universiti juga berbeza.
Malah cita-cita kita juga berbeza.
Adakah jurang ini membuatkan kita tidak boleh berkongsi minat kita masing-masing?
Perbezaan inilah yang menghubungkan kita sebenarnya.
Yang merapatkan kita sebenarnya.
Perbezaan ini juga kita dapat mengetahui siapa diri kita sebenarnya.
Perbezaan ini juga membuatkan kita rasa rendah diri kepada-NYA.
Perbezaan ini juga membuatkan kita sedar dari mana kita datang.
Ingatlah bahawa tiada perbezaan ini tiadalah warna-warni kehidupan dunia yang DIA ciptakan ini.
Thursday, 26 July 2012
Perbezaan merapatkan kita.
Posted by Yana Liyana at 09:20
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment