Setelah beberapa hari mendiamkan diri, tangan dan jari jemari ini mula aktif untuk menekan kekunci di laptop tercintaku ini.
Nak tau "that surprise"?
Okayyy, actually sehari sebelum birthday, aku apply kerja dekat kumon dekat Shah Alam 2 Puncak Alam ni.
Suddenly, Nazrul was in front of the entrance. I was shocked! :O It was not surprised to me. Sebab aku memang dah lama tau yang Nazrul dulu pun pernah berkerja dekat Kumon tu. Then dia tanya aku, "Kau mintak kerja dekat sini ke?". "Yups" aku jawab. Then dia kata "Jumpa la Mak Megat." Dalam hati aku berkata "oke,mak Megat pun bekerja di sini"
Lagi mengejutkan aku, Syafiq pun bekerja di situ. Haihhh. Tiga orang ex-classmates bertemu dan bekerjasama di satu tempat kerja yang sama.
Mereka berdua ni Syafiq and Nazrul ni sebenarnya ex-classmates aku time Form 4 and Form 5 dekat SMKPA tercinta. HIHIHI. 4 Science 1 dan juga 5 Kreatif yang merangkap 5 Science 1 juga pada tahun 2008 dan 2009. :)
Dan kali ketiga yang buat aku terkejut lagi. Jap jap. Tujuan aku pergi Kumon ni cuma nak isi borang jer untuk berkerja selama 2 bulan cuti sem ni. Dan tiba-tiba, Cik Yong yang menguruskan pekerja di sini offer aku terus bekerja di situ pada waktu itu juga tanpa ditemuduga dan tanpa melihat borang yang aku isi tu.
Ya Allah, rezeki sangat sangat tu. Kalau Allah nak beri rezeki dekat hamba-NYA DIA tak kira bila-bila sekejap tu jugak dia beri. Bersyukur sangat! Dah la esoknya 20 JULAI 2012 birthday aku yang ke 20 tahun. Dah tua dah aku ni dah masuk puluhan dah. HUHU.
KUMON. :)
Walaupun gajinya tak lah sehebat mana, tapi aku tetap bersyukur. Sekadar memenuhi masa lapang aku yang ada di rumah dalam bulan puasa ini. Aku mula mula nak cari kerja yang berat sikit dan gaji pun mesti la besar kan. Tapi bila difikirkan balik waktu tu bulan puasa, mesti penat kann.
Takpe la,janji duit masuk time cuti dan aku dapat la jugak mencari pengalaman. :)
Sunday, 29 July 2012
Special birthday present #3
Posted by Yana Liyana at 19:22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment