Followers

Wednesday, 15 August 2012

Sememangnya

Aku tak pasti
Perasaan yang mendatang
Perasaan itu sememangnya aku tau
Tapi tak pasti
Dia datang tak ku sangka
Bukan meminta
Dan bukan merancang
Bertandang di ruang hati, berterus terang
Sememangnya terdetik akan terjadi begitu


Bila baca banyak kali tweet di atas
Aku tak boleh tipu
Tak boleh tipu diri sendiri apatah lagi perasaan.

Sememangnya betul tweet tu sebenarnya.
Bagi aku, hati aku tak ada lah tertarik sangat dengan lelaki yang malu-malu tapi mahu.
Tak gentle. Pengecut pun nampak ada juga.
Be a gentleman lah wahai lelaki!
Kalau kau suka dengan perempuan tu terus terang je.
Dah banyak pengalaman aku melalui benda ni.
But kali ni, kali kedua aku berhadapan dengan lelaki yang berterus terang macam ni.
Tapi tak macam dulu.
Maksud aku, aku tak main terjah je macam yang aku buat dulu.
Biar akal menguasai hati dan perasaan!
Dan bukan perasaan dan keinginan menguasai akal fikiran yang sangatlah waras bagi kita sebagai manusia!
Kenal dulu dengan dia, be as bestfriend relationship.
Kawan aku kata hubungan percintaan sebenarnya bermula dengan persahabatan. :)

P/S: Mungkin suatu hari nanti, hati aku mungkin terbuka untuk menerima cinta darinya. It's just a MAYBE. :)

Thursday, 9 August 2012

Perang Lagi

Akal Meraung "Puas lah hati kau buat dia macam tu! Puas lah tu kan?!"


Bisikan Kalbu "Aku serba salah!"

Akal Meraung "Buat apa kau nak rasa serba salah, memang itu yang kau nak kann?!"

Bisikan Kalbu "Aku cuma menyatakan perasaan sebenar bukan untuk menipu, dan itu benar!"

Akal Meraung "Yang benar itulah yang buat dia sakit kau tahu?!"

Bisikan Kalbu "Aku memang dah tahu itu sebelum aku luahkan pada dia."

Akal Meraung "Kau buat dia terasa hati, kau buat dia kecil hati kau tahu tak?!"

Bisikan Kalbu "Aku tahu. Aku yang buat dia jadi macam tu. Aku lah penyebabnya!"

Akal Meraung "Sekarang, kau menyesal?"

Bisikan Kalbu "Aku menyesal buat dia sakit, buat hati dia sakit! Aku menyesal! Tapi menyesal aku terselit rasa lega."

Akal Meraung "Lega? Lega sebab kau dah luahkan perkara sebenar bukan?! Lega sebab kau boleh bersuka ria dengan buah hati kau tu kan?! Lega sebab kau tak lagi menipu dia yang kau ni tak ada perasaan cinta langsung dekat dia bukan?! Memang kau lega lah! Sebab itu yang kau nak, yang kau mahu!"

Bisikan Kalbu "Memang itu yang aku mahu! Kepuasan hati aku yang aku utamakan!"

Akal Meraung "Kepuasan hati kau yang buat dia merana! Kepuasan ke itu?!"

Bisikan Kalbu "Okay, aku mengalah! Memang aku yang salah! Memang aku buat dia merana, terseksa! Semua salah aku!"

Akal Meraung "Baguslah kau mengaku itu semua punca dari perbuatan kau sendiri!"

Wednesday, 8 August 2012

Pendam atau Luah?

Hati "Perasaan cinta dari hati ini perlu diluahkan."

                                   Otak "Jangan! Biarlah ia dipendam dan disimpan dalam kotak istina hati."

Hati "Sampai bila kau nak pendam?"

                                  Otak "Bila tiba masanya ia akan terluah dengan sendirinya."

Hati "Tapi, bila masanya?"

                                 Otak "Sampai kau tahu itulah masanya."

Hati "Tapi, aku tidak terdaya untuk pendam."

                                 Otak "Kau mampu wahai HATI."

Hati "Macam mana aku nak mampu? Kalau dah setiap hari , setiap masa perasaan cinta itu aku pendam!"

                                Otak "Cinta itu tak seharusnya diluahkan dengan kata-kata, dan cinta itu tak seharusnya ditunjukkan dengan perbuatan, hanya HATI kau dan dia yang dapat menegetahui kekuatan cinta itu sebenarnya."

Hati "Bagaimana aku mengetahui semua itu?"

                               Otak "It a sense! It a instinct!"

Hati "How it does occur?"

                             Otak "Bila Allah ciptakan dia untuk kau, Allah akan satukan HATI dia dan HATI kau. Dan kau dengan dia akan merasai penyatuan cinta itu melalui 'sense' dan 'instinct' yang dianugerahkan. Itulah 'LUAHAN' yang sebenarnya."


'HATI' kadang-kadang ia meronta-ronta meluahkan perasaan itu.

'OTAK' dicipta untuk berfikir dengan kematangan.

'OTAK' mengawal 'HATI', dan 'HATI' dikawal oleh 'OTAK'.

Sebab tu orang kata:

"Ikut hati mati, ikut rasa binasa."

P/S : note to myself also :)

Sunday, 29 July 2012

Special birthday present #5

Alhamdulillah sangat!

Hadiah yang tak disangka-sangka!

Hadiah pada malam birthday aku. Sangat la bersyukur dan happy! :DD

Nak tahu apa dia?

.

.

.

.

.

.

.

SURPRISED!!!!!!!


I GOT COLLEGE FOR THE NEXT SEM! ALHAMDULILLAH! :)

Seriously, hampir 3hari 2malam aku check kolej ni bagai nak gila asyik server error and "this web page is not available" akhirnya kesabaran aku menunggu result tu terbalas juga! :D

Thank you so much Ya Allah! <3

Special birthday present #4

A special words are very memorable present for me every year.

WHO gave me a special words?

WHEN she or he gave "that special words" for me?

WHAT words that she or he gave that I think as "special"?

HAHA. Tertanya tanya bukan?

Okayy, sebenarnya setiap tahun birthday aku, aku mesti dapat text ucapan birthday dari my babies "THE LESBOS" HAHA, FARA AISYAH AND ANOM! Perlu di "caps lock" kan sebab since form 3 lagi mereka ni tak lupa wish birthday aku tepat pukul 00.00 AM 20 JULY. Thank you very much sayang sayangku!

Walaupun tiada hadiah harta benda yang mereka beri tapi "the special wish" every year tu la yang aku rasa special sangat. :)

Seorang lagi yang wish birthday aku tepat pukul 1.00 AM 20 JULY. Wan Azrai! Sejak satu campus dengan dia sem 2 ni, sejak tu la kitorang jadi closed! Selalu contact, kadang-kadang ajak lunch time tak busy la, then sekarang ni dia sangat la suka mengusik. Sangat segan tahu bila dia selalu sangat mengusik. HAHA! Kawan kann memang selalu macam tu. ;D

And that special one, my "Crush" la, that capital E. Dia wish juga! :) Seriously, aku gembira bila dia wish. And one more thing birthday aku dengan dia 20th hari bulan juga, tapi bulan lain laa, bulan tu rahsia la ea. :)

By the way, thank you very much you alls! and aku tetap sayang korang as kawan-kawan yang rapat dengan aku :)

My babies! <3

Raja wish, thanks raja wish dua kali :) sorry la aku tak perasan kau wish ladi sekali time tu :)

My "Crush" wish my birthday! boleh dia kata aku orang tua?! sampai hati! HAHA ^^ By the way, thank very much that capital E! Komen-komen kami di blurkan ea termasuk dia sekali :)




Special birthday present #3

Setelah beberapa hari mendiamkan diri, tangan dan jari jemari ini mula aktif untuk menekan kekunci di laptop tercintaku ini.

Nak tau "that surprise"?

Okayyy, actually sehari sebelum birthday, aku apply kerja dekat kumon dekat Shah Alam 2 Puncak Alam ni.

Suddenly, Nazrul was in front of the entrance. I was shocked! :O It was not surprised to me. Sebab aku memang dah lama tau yang Nazrul dulu pun pernah berkerja dekat Kumon tu. Then dia tanya aku, "Kau mintak kerja dekat sini ke?". "Yups" aku jawab. Then dia kata "Jumpa la Mak Megat." Dalam hati aku berkata "oke,mak Megat pun bekerja di sini"

Lagi mengejutkan aku, Syafiq pun bekerja di situ. Haihhh. Tiga orang ex-classmates bertemu dan bekerjasama di satu tempat kerja yang sama.

Mereka berdua ni Syafiq and Nazrul ni sebenarnya ex-classmates aku time Form 4 and Form 5 dekat SMKPA tercinta. HIHIHI. 4 Science 1 dan juga 5 Kreatif yang merangkap 5 Science 1 juga pada tahun 2008 dan 2009. :)

Dan kali ketiga yang buat aku terkejut lagi. Jap jap. Tujuan aku pergi Kumon ni cuma nak isi borang jer untuk berkerja selama 2 bulan cuti sem ni. Dan tiba-tiba, Cik Yong yang menguruskan pekerja di sini offer aku terus bekerja di situ pada waktu itu juga tanpa ditemuduga dan tanpa melihat borang yang aku isi tu.

Ya Allah, rezeki sangat sangat tu. Kalau Allah nak beri rezeki dekat hamba-NYA DIA tak kira bila-bila sekejap tu jugak dia beri. Bersyukur sangat! Dah la esoknya 20 JULAI 2012 birthday aku yang ke 20 tahun. Dah tua dah aku ni dah masuk puluhan dah. HUHU.



KUMON. :)

Walaupun gajinya tak lah sehebat mana, tapi aku tetap bersyukur. Sekadar memenuhi masa lapang aku yang ada di rumah dalam bulan puasa ini. Aku mula mula nak cari kerja yang berat sikit dan gaji pun mesti la besar kan. Tapi bila difikirkan balik waktu tu bulan puasa, mesti penat kann.

Takpe la,janji duit masuk time cuti dan aku dapat la jugak mencari pengalaman. :)

Thursday, 26 July 2012

Perbezaan merapatkan kita.

Kita lahir dari masa yang berbeza.
Kita lahir dari hari yang berbeza.
Kita lahir dari tarikh yang berbeza.
Kita lahir dari bulan yang berbeza.
Kita lahir dari tahun yang berbeza.
Malah umur kita juga berbeza.

Adakah itu jurang perbezaan untuk kita tidak berkawan?

Kita datang dari tempat yang berbeza.
Kita datang dari rumah yang berbeza.
Kita datang dari daerah yang berbeza.
Malah kita datang dari negeri yang berbeza.

Adakah tempat yang berbeza itu boleh menjarakkan silaturrahim antara kita?

Kita datang dari keluarga yang berlainan keturunan.
Kita datang dari keluarga yang berlainan.
Malah kita ber'bin' dan ber'binti' dari ayah yang berlainan.

Adakah perbezaan itu menghalang kita untuk mengenali lebih rapat antara keluarga kita?

Warna kulit kita kadang-kadang ada bezanya.
Hitam manis, sawo matang, cerah, dan kuning langsat.

Adakah perbezaan itu yang boleh membuatkan kita rasa janggal untuk berkawan?

Hobi kita berbeza.
Minat kita berbeza.
Matlamat kita berbeza.
Kursus yang kita belajar di universiti juga berbeza.
Malah cita-cita kita juga berbeza.

Adakah jurang ini membuatkan kita tidak boleh berkongsi minat kita masing-masing?

Perbezaan inilah yang menghubungkan kita sebenarnya.
Yang merapatkan kita sebenarnya.
Perbezaan ini juga kita dapat mengetahui siapa diri kita sebenarnya.
Perbezaan ini juga membuatkan kita rasa rendah diri kepada-NYA.
Perbezaan ini juga membuatkan kita sedar dari mana kita datang.

Ingatlah bahawa tiada perbezaan ini tiadalah warna-warni kehidupan dunia yang DIA ciptakan ini.