Assalamualaikum my dearest readers :)
Hope korang semua sihat sihat yea. :)
Okay, bunyi macam nak rancang sesuatu yang DABOOM je kan. HAHAHA ;D
Sebenarnya tak lah deboom sangat. Cuma nak bersemangat sikit. Ye la, sem 2 ni bakal menjelang tak lama lagi. Just, tak sampai seminggu lagi je. 5 March ni start la.
Untuk lagi menaikkan lagi semangat, tadi setelah petang tadi menunggu untuk register course untuk sem 2, baru sekarang dah berjaya register kesemuanya ! BHAHAHAHAHA ;D
Macam - macam masalah dihadapi tapi tak mematahkan semangat ! ;)
Cer tengok gambar kat bawah ni.
Tuesday, 28 February 2012
Menyusun strategi
Posted by Yana Liyana at 02:37 0 comments
Thursday, 23 February 2012
Allah, parents, BFFs really love you ! ;')
Assalamualaikum ;)
Apa yang aku jangka semalam memang berlaku. Aku tak terkejut tak pula aku menangis.
Semalam tepat pukul 2 petang aku membuka student portal UiTM untuk menyemak keputusan peperiksaan semester 1. Tak terkejut bila tengok pointer tapi terkejut dengan something wrong with my two killer subjects.Tak pe lah, maybe memang tersurat untuk aku terima.
Bila ramai dah mula IM aku dekat FB menanyakan pointer aku, aku relax je. Buat macam tak ada apa apa. Bila mereka mula meberi tau pointer diorang, WOW ! Aku mula rasa rendah diri, down, give up dan tiba tiba air mata aku jatuh ke pipi. Aku tak ada lah sehebat macam diorang. Aku tak sangka mereka memang AWESOME, the best friends who I never get ! Memang mereka patut mendapat apa yang mereka usahakan dengan gigih ! Tapi, aku nak sangat menjadi macam mereka. Apa yang mereka nak, mereka akan dapat. :(
Tiba tiba aku rasa down dengan result yang aku dapat tu. Aku bersyukur. Tapi dalam masa yang sama, KENAPA?
Aku biarkan dengan KENAPA tu dan I MUST ACCEPT IT ! Aku ni kadang-kadang susah untuk terima keadaan tapi aku kena jugak terima apa yang telah ditentukan oleh DIA !
Dan merekalah yang banyak support aku bila aku mula jatuh tersungkur. ALLAH, PARENTS AND MY BFFS. <3 Dan aku mula memotivate diri aku sendiri daripada terus jatuh tersunggkur dan terduduk sendirian.
ALLAH - DIA lah pemberi nikmat. Walaupun sikit, walaupun sekecil zarah pun itu dikira nikmat Allah. Aku bersyukur sangat kepada-NYA. Walaupun tak banyak, tapi ALHAMDULILLAH. Tanpa nikmat dia, aku mungkin tak dapat result macam tu. A night before knowing the result, aku dan mama ada pergi satu talk ni, dan ada satu ayat yang aku rasa sangat tersentuh, sangat mendalam. "Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Ingatlah bila kita mendapat sedikit nikmat Allah tapi kita tidak bersyukur, apabila dia mendapat banyak mana pun nikmat Allah dia tetap juga tidak bersyukur". Sangat makan dalam ayat ni sampai aku nak menitiskan air mata pun ada disebabkan aku teringat yang esoknya result keluar.
Beloved mama and ayah - Tanpa mereka tak mungkin aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang penuh cabaran dan dugaan ni. Mama ayah la yang banyak menyokong memberi semangat tatkala diri ini jatuh tersungkur. Terima kasih yang tak terhingga mama ayah. Sayang sangat sangat mama ayah. <3
BFFs :
Friends in fb - Walaupun ramai yang like dan ucapkan tahniah, tapi hanya Allah yang mengetahui perasaan ni.
Posted by Yana Liyana at 18:45 0 comments
Really I miss you like crazy ! ;')
Posted by Yana Liyana at 02:12 0 comments
Monday, 20 February 2012
Tak boleh berbohong lagi.
Posted by Yana Liyana at 04:58 0 comments
Sunday, 19 February 2012
Penyakit CRUSH datang lagi !
Assalamualaikum.
Okay, macam mana nak mulakan cerita dulu ea. Step by step okay.
Semalam, petang aku meet dengan Syira sebab hari ni (Ahad) dia da nak balik UNIMAS Sarawak. Petang tu borak-borak, gosips-gosips pasal apa yang berlaku selama 5 bulan lebih dekat U kitorang. Then, malamnya Syira ajak keluar makan sebab Wan ajak. Aku okay je lahh.
Then, bila dah sampai dekat medan selera fasa 2 tu, aku nampak sebelah Wan ada someone. Nak tau sapa dia? For me, aku memang kenal sangat la kann. Geng-geng sekolah jugak SMKPA. :) But, dekat sini I just mention him asssss. Urm.. Kejap aku fikir. Okay, dah ada ! Memandangkan sekarang aku tengah syok tengok movie korea My Girlfriend Is Gumiho, aku nama kan dia sebagai Dae Woong ^^. Okay tak? Lagi pun aku memang dah lama tak jumpa dengan someone tu, then bila dah jumpa serious da macam pelakon korea aku tengok dia. HEHEHEEE >.< Kiranya hensem lah kannn >,<
Bila aku dah sampai kat medan selera tu, Dae Woong tengok aku tak berkedip dari atas sampai ke bawah. Dia kata pelik. Haihh-.- apa yang peliknya Dae Woong. Mula lah dia nak mengimbau kisah lama dulu. Kisah muda mudi kanak-kanak ribena, sekolah rendah dulu. Haihh -.- aku pulak yang pelik dengan dia. HAHA
Dalam hati aku waktu tu kan, hensem lah dia. Serious dia dah lain. Sangat lain. Maksud aku lain dari segi penampilan diri dia, perwatakan dia, senyuman dia, gaya dia buat aku terpaku sekejap. Eceh ceh ceh, jiwang sangat aku ni kannn. Tape lah, heksited waktu tu kann, jiwang keparat la nampaknya. HAHAHA ;D
Kitorang borak, borak dan borak hampir pukul 11 malam. Nasib baik lah mama aku dan ayah Syima call, kalau tak sampai pukul 12 la nampaknya kann. HAHAHA. Jumpa kawan lama memang lah macam ni kannn. Banyak cerita yang nak diceritakan dan nak dikongsikann ^^. Dalam waktu beborak tu seriously, si Dae Woong dengan Wan tak habis-habis nak mengusik aku. Aku tau la, kadang-kadang aku ni blur sikit =.=" tapi jangan la nak mengusik aku sampai aku tergelak gelak hampir mengeluarkan air mata tau ;') HAHAHA . Lawak lah mereka.
Okay, aku tau, aku baru first time lepak and hang out with Dae Woong ni. But........... Tiba-tiba aku dah rasa macamm.............. Tak tau lah apa aku nak kata. Tapi cara dia aku sangat suka ! Dan cara dia la buat aku tertarik nak kawan rapat dengan dia. Butt.... Nak kawan rapat dengan dia tapi tak ambil nombor phone dia. Bengong ! -.- HAHAHA. Tape la, FB kan ada. But, dia jarang online. Maybe, aku dah tercrush dekat dia kott. Haihhhh -.- Crush lagi.
Then, balik je dari makan makan tu, tiba tiba aku terfikir nak text Syira. Aku text la. Text punya text, aku cakap la apa yang aku rasa dalam hati aku. Cuma Syira je yang faham apa yang aku nak cerita kan dan faham apa yang aku rasa. Aku cerita la kat Syira yang aku tercrush kat Dae Woong tu. Syira dah agak da apa yang aku nak cerita kan kat dia.
Ohhhhh NO ! Kenapa perlu macam ni. Baru jumpa, hang out dan lepak dah boleh suka. -.-
Aku ni tak boleh la kalau lelaki tu terlalu caring atau pun percakapan dia memang menarik hati aku atau pun lelaki yang sangat suka buat lawak. Serious, aku boleh terCRUSH macam ni ! Tambah tambah lagi lelaki tu hensem, lagi lah bertambah crush aku ! ;')
Then, text text Syira, aku punluahkan la hajat dalam hati aku ni. Hajat apa erh ? Rahsia laa ^^. Hanya aku and Syira je tau. Sebab aku percayakan Syira.
Kitorang text semalam pun dah lewat malam dah masuk pagi dah pun.
Then, petang tadi Syira text lagi. Dia kata, better aku kawan dengan Dae Woong tu dulu. Kenal dengan dia lebih rapat lagi. Okay, actually awal pagi yang aku text Syira tu sebenarnya mengikut perasaan hati aku. Waktu tidur tu la aku fikir apa yang aku cakapkan dekat Syira lewat malam tu.
Urm. Okay, betul kata Syira dan kata kewarasan akal aku. Better aku kawan dengan dia dulu. Kenal dia lebih rapat lagi. Mana la tau dalam perkenalan yang rapat tu boleh menjadi serious. InsyaAllah :) Syira kata, bak kata cikgu Hajariah "Tak lari gunung dikejar" >.< Tapi aku tak nak lah mengharap. Syira pun kata jangan lah mengharap kerana mengharap tu sakit. Memang ! Aku pun pernah melaluinya. So, now, aku just ikut flow kehidupan aku je sekrang ni ><
Okay lah. Berpokpek pkpek panjang panjang nanti korang bosan pulak kan. Tape lah. *tak touching ni tau*
HAHAHAHA ;D
Posted by Yana Liyana at 23:38 0 comments
Saturday, 18 February 2012
Hero saya sekarang ini. OHHSEMMM!
Posted by Yana Liyana at 02:53 0 comments
Thursday, 16 February 2012
Badai gelora hati dan jiwa.
Entah kenapa aku rasa hari ni aku perlukan sesorang untuk bermesra, bercerita, bermain sms, bergayut dalam telefon sampai lewat malam, hantar sms yang jiwang-jiwang. Mungkin aku dah lama tak rasa kan semua tu semenjak aku break dengan someone waktu aku masuk PLKN dulu. Semenjak daripada tu sampailah sekarang tak ada sapa lagi yang boleh dapat mengetuk pintu hati aku.
Aku bukan meminta dan bukan untuk dipinta. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang ingin juga merasai cinta dan dicintai.
Semalam, aku mimpikan someone ni. Entah kenapa dia tiba - tiba muncul dalam mimpi aku tanpa apa - apa tanda. Someone yang aku kenal since form 2 satu kelas dengan aku dulu. Mimpi ni lain sangat. Dia meminta aku untuk maafkan dia, apa yang dia dah buat pada aku dulu dan dia sangat-sangat mencintai aku. Banyak kali dia berusaha untuk memenangi hati aku dan sampai satu hari, tiba-tiba aku terima dia.
Aku tau mimpi adalah mainan tidur. Tapi, makin aku fikir makin aku teringatkan dia.
Mungkin ni balasan aku kott. Ye lahh, dia muncul dalam hidup aku secara tiba-tiba waktu aku dengan dia sama-sama nak exam SPM. Aku memang tolak dia mentah-mentah waktu tu. Sebab dalam otak aku nak tumpukan kat SPM dan tak ada hati pun nak bercintan cintun ni. Bila aku study dekat matriks dia muncul lagi. Dia call aku, dia hantar sms dekat aku banyak kali semata-mata dia nak minta maaf and dia nak balik dekat aku. Aku waktu tu sakit hati dengan dia. Entah lah, bercampur baur perasaan aku waktu tu. Dah lah dengan study kat matriks tu yang susah dan sibuk bagai ada masa pulak nak fikir pasal ni. Dan sekali lagi aku memang tolak dia jugak sebab aku tak nak lelaki yang jilat ludah dia sendiri. Maksud aku, dia menyesal dengan perbuatan dia yang dah bertahun lamanya tu then dia nak couple pulak dengan aku.
Now, aku pulak yang menjilat ludah aku sendiri. Padanlah dengan muka aku ni kan ! Dulu dia nak kat aku, aku pulak yang tolak dia mentah-mentah. Sekarang ni pulak, aku add dia dekat FB terus dia block aku ! So, "What goes around comes around" lahh ! Aku pulak yang mencari-cari dia sekarang ni.
Hari Isnin hari tu, aku tengok cerita baru dekat TV3 pukul 7 malam "Atas Nama Cinta". Sekali pandang aku tengok muka pelakon muda lelaki yang bernama Epul, macam aku kenal tapi sapa yea. Dua kali pandang memang sah side dari tepi macam muka bekas bf aku dulu. Sebijik. Then, aku nekad, aku dah tak nak tengok cerita tu lagi. Aku pun tak tau kenapa tetiba stiap kali muka orang yang aku jumpa seiras dengan mana-mana lelaki yang berkaitan dengan aku mesti aku akan teringat. That's why lah aku tulis status dekat fb " Ya Allah, jika dia memang bukan untukku maka jauhilah aku daripada mengingatinya". Manusia tak pernah terlepas daripada mengingati kisah silam dia kan.
Hari Selasa, aku bukak fb, ada someone yang aku rapat dulu dah lama sangat menghilang. Aku contact lah dengan dia, tulis dekat wall dia, then komen-komen semua dia pulak kata aku lama menghilang. Haishhh. Sma-sama tuduh menuduh. Dulu, aku sangat rapat dengan dia. Apa-apa je aku mesti cerita dekat dia sehinggakan satu hari dia tetibe panggila aku "Sayang". Aku tersentap. Aku dengan dia yang tak ada hubungan apa-apa hanya seorang kawan baik dia panggil aku "sayang".
Tiba-tiba aku tersentap daripada lamunan kisah laman tu. Aku baru je habis tengok drama Melayu dekat Youtube "Kau Laksana Bulan", ada satu scene yang hero dia panggil kawan perempuan dia "sayang". Makin aku mengingati kisah aku tu. Dalam hati aku terdetik "dah lama orang tak panggil aku sayang".
Ouhhhhhh. Cuti ni terlalu melayan perasaan betul.
But, aku perlukan seseorang kan. Bak kata Cammy classmate aku dekat matriks, "kau kena berusaha. memang lah jodoh tu ditangan Allah. Tapi kalau kau tak berusaha takkan la jodoh tu macam boleh jatuh ke riba pulak". Tapi macam mana ?
Yess, selama aku belajar dekat UiTM ni, aku memang minat orang tu minat orang ni, crush orang tu crush orang ni. Tapi satu pun yang langsung tak melekat dalam hati aku. Cuma hanya bertukar-tukar je orang yang aku minat. Entah lah bila masanya sesorang yang boleh melekat dalam diari hati aku sampai akhir hayat.
Aku dah malas nak bercinta yang hubungannya hanya sementara. Macam aku kata hari tu its meaningless. Sekarang ni, aku nak seseorang tu yang dapat mengetuk pintu hati aku dan hubungan tu sampai ke hubungan suami dan isteri. Umur aku pun dah 20 tahun. Atuk aku pun dah pernah kata dulu-dulu dah boleh kawin dah. Apetah lagi umur aku yang macam ni. Gamaknya kalau tak ada pakwe tunggulah sapa yang sanggup masuk meminang aku dulu. HAHAHA ;D Boleh pulak macam tu.
Hishhh. Nilah akibatnya kalau cuti-cuti macam ni banyak sangat tengok drama dan movie sampai dah jiwang-jiwang macam ni. Dah lah tuuu. Korang pun mesti tak nak baca yang entry panjang lebar sangat kann.
okay. Tata titi tutu. ;)
Posted by Yana Liyana at 21:43 0 comments
Tuesday, 14 February 2012
Kita Diracuni ?
Post kali ni nak cerita pasal yang berlaku semalam waktu tengah main masak - masak dengan mama. HAHA ;D
Pasal makanan la apa lagi kannn.
Eh, kenapa tajuk post ni kata "Kita Diracuni" ea? Sapa yang kena racun ? Dan sapa pula yang diracun ?
Ni tak ada kena mengena sapa kena racun dan sapa yang diracun tapi sebenarnya kita SELURUH DUNIA MANUSIA telah diracun !!!!
Nak tahu kenapa ? Okay, jom ikut saya untuk mengembara dengan topik ni yea . ;)
"Kita anggap saja ikan tersebut terus di bawa menaiki kapal untuk dieksport.Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam...semasa ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia dan Singapura ianya telahpun lesu dan kurang segar ( itupun jika terus dieksport bagaimana pula jika ikan tersebut dieskport keesokan harinya? ) Jadi untuk mengelakkan berlakunya perkara ini pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua teknik baru yang digunakan itu?
Sebelum dieksport, semua ikan-ikan tersebut direndam terlebih dahulu di dalam air yang dicampur dengan sejenis bahan kimia disebut FORMALIN. Ini adalah bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama dan kelihatan masih 'fresh', keras dan segar bila sampai ke destinasinya termasuk ke negara kita.
Tahu kah anda semua...Apa itu bahan kimia bernama FORMALIN?... FORMALIN merupakan sejenis bahan kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama atau dalam bahasa inggeris disebut 'embalm'. (sila klik semua tulisan biru untuk info lebih jelas).Mayat-mayat umat Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini. Sekarang... tanpa disedari... ikan-ikan yang kita makan hari-hari termasuk di restoran dan hotel besar berkemungkinan mengandungi bahan kimia tersebut ... maka apa hukumnya pulak?
Kalau kita beli ikan di pasar ada caranya untuk kita mengesan .. kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Formalin kerana lalat tidak akan hinggap pada ikan yang mengandungi bahan kimia tersebut.Mungkin kita boleh mencuba dengan membeli ikan yang kelihatan segar dipasar bawa balik dan biarkan disatu tempat serta lihat apakah ada lalat yang akan hinggap....sesungguhnya Lalat lebih mengetahui !!!."
Posted by Yana Liyana at 19:55 0 comments
Friday, 10 February 2012
Money, money and money.
Assalamualaikum :)
Bunyi macam dah gian dengan duit je kan. HAHA ;P
Tapi hidup ni kalau tak ada duit susah jugak.
Okay. Okay.
Dah lama tak membebel kat blog ni kan. Lama ke? Padahal baru berapa hari je kan. HAHA ;D
Jangan layan kesengalan saya. Saya memang begini. WAHAHAHA ;))
Actually, dalam beberapa hari ni aku dengan mama tengah mencari jalan macam mana nak cari duit lebih. Ada la satu hari, datang la seorang hamba Allah yang baik hati ni nak menolong. Aunti tu jiran kitorang jugak. Dia ada cerita kat mama pasal nak cari pendapatan lebih ni. Aunti tu cerita orang yang masuk benda tu boleh meraih pendapatan lumayan dalam masa 4 bulan dah boleh meraih 5K dan dengan usaha yang lebih orang tu telah meraih pendapatan lebih 20K setiap bulan ! WOW ! Bila mama cerita balik dekat aku, aku sangat curiosity !
Then, Aunti tu bawak la kitorang pergi kelas untuk mendengar penerangan yang lebih lanjut pasal bisness tu. WOW ! Seriously, aku sangat terpegun. Siang tu aku puasa. Yang pergi kelas tu malam. Puasa, korang tau je lah kan mesti malam tu nak makan puas - puas. Tapi aku hanya berbuka dengan kuih then terus pergi ke kelas bisness tu with mama and aunti tu. Korang tau betapa laparnya aku waktu tu. Tapi bila dengar pasal duit terus aku lupa akan perut aku yang berkeroncong tu ! Seriously ! Terlalu memikat hati aku untuk join bisness tu.
Bisness ni bukan lah sekadar meraih pendapatan yang lumayan. Tetapi juga meraih keinginan seorang manusia untuk hidup lebih sempurna. Sesiapa yang telah mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh syarikat, dia akan berpeluang memiliki sebuah kereta mewah dan juga percutian ke luar negara. Siapa yang tak bercita-cita memiliki semua tu. Percayalah, semua yang hidup kat atas muka bumi ni mesti mempunyai angan-angan macam tu kan ! :)
Bisness ni bukan lah bisness yang cepat kaya ke apa. Kalau bisness yang cepat kaya tu mesti telah meraih pendapatan lebih 10K dalam masa seminggu dua. Tu semua menipu, penipu dan ditipu belaka. Tapi bisness ni mempunyai kelebihan dia yang tersendiri. Sangat menarik ! Kalau korang pun mesti tertarik jugak kan ! :) Bohong lah kalau aku kata korang tak berminat. Hidup memerlukan duit. Tanpa duit apa yang kita nak pun semuanya angan-angan belaka. Lebih-lebih lagi kita ni student. Memang sangat la memerlukan duit nak sara hidup kita dan perbelanjaan kita dekat universiti.
Now, aku, mama dan ayah sekarang ni dah pun menggunakan produk yang telah kami beli daripada bisness tu. Not to be worry. Bisness ni bukan lah bisness direct selling yang memerlukan korang pergi ke sesuatu tempat dan ke tempat yang lain untuk menerangkan produk syarikat tersebut. Kerjanya tak memerlukan seperti itu, cuma korang kena mengajak rakan-rakan anda untuk join dan menghadiri kelas bisness yang telah di anjurkan oleh syarikat tersebut. Tak jauh pun tempat tu. Kalau korang duduk kat Puncak Alam dan Shah Alam amatlah dialu-alukan. Syarikat cawangan tu hanya dekat Shah Alam je. Memang tak jauh pun dari UiTM Shah Alam. Kalau korang berminat just inbox aku kat FB. Aku boleh bawak korang pergi ke kelas bisness tu berjumpa dengan director bisness tu sendiri. Aku bukan lah nak memaksa korang tapi aku hanya nak menolong orang yang sangat-sangat memerlukan duit dan ingin menambah pendapatan korang. :)
Korang mesti tertanya-tanya bisness apa yang aku buat kan? HAHA ;)
Tak nak lah bercerita sekarang nanti tak surprise kan? Don't worry, bisness ni HALAL untuk dijadikan sebagai kerjaya juga. :)
Kebanyakan mereka yang memasuki bisness ni adalah dari kalangan suri rumah tangga, pensyarah-pensyarah UiTM, dan ada juga yang lulusannya hanya setakat SPM sahaja. Tapi mereka telah buktikan yang mereka boleh meraih pendapatan lebih 20K sebualan !
Produk bisness ini jugak adalah barangan kesihatan dan kecantikan dan selamat untuk digunakan. :)
Okay. Tak nak lah berceramah panjang lebar. Nanti lain pulak jadinya. HAHAHA ;D
Wassalam.
Posted by Yana Liyana at 03:35 0 comments
Sunday, 5 February 2012
Salam Maulidur Rasul :)
Posted by Yana Liyana at 20:10 0 comments
Friday, 3 February 2012
HOPELESS .
Assalamualaikum :)
Hopeless ! Bukan sebab dah nak berputus asa tapi tak nak mengharap. Itu saje. Tak nak mengharap benda yang tak akan terjadi. Tak nak mengharap perkara dan benda yang akhirnya bukan menjadi milik kita. Sebab aku tau, pengharapan yang terlalu tinggi akan menghadapi kekecewaan yang teramat sangat sekiranya kita tak dapat memiliki sesuatu. Aku pernah merasai kekecewaan yang mendalam. So, now, aku tak nak lagi mengharap dan kecewa.
Bukan apa, kadang - kadang aku terlalu mengikut kata hati aku. Ye lahh, waktu sem 2 dekat matriks dulu, kata hati aku mengatakan aku boleh dapat 3.5 above, sekali tu keluar result bawah 3.5 kott! waktu tu aku sangat la kecewa. kecewa yang teramat sangat. lagi bertambah kecewa aku bila, aku tau yang classmate aku semuanya pointer diorang melepasi target diorang. aku sangat kecewa waktu sehingga kan aku rasa aku macam nak repeat balik je matriks. tapi hidup perlu diteruskan!
Untuk mengukuhkan lagi yang sekarang ni aku sedang "HOPELESS" , waktu dapat result UPU. Kata hati aku mengatakan aku boleh dapat mana - mana course engineering dekat UTM. But result nya, aku dapat UiTM dan bukan course engineering. Waktu tu aku rasa teramat amat amat amat lah kecewa. Sehingga kan aku tak makan, menangis sepanjang hari dan mengurungkan diri disebabkan harapan yang terlalu tinggi itu lah. Aku memang tak boleh lupakan segala perkara yang terjadi dekat aku selama aku hidup.
Now, result sem 1 tak lama lagi akan keluar. ramai kawan - kawan aku ( yang kebanyakannya course engineering U lain ) semuanya dah dapat result diorang dan diorang success ! Aku gembira tengok diorang bahagia dengan nikmat yang diorang dapat. dan aku mula untuk tidak mengharap keputusan yang tinggi - tinggi. Aku cuma harap aku dapat keputusan yang memuaskan diri aku dengan usaha yang aku lakukan selama 5 bulan ini. Aku tak nak kecewa lagi dengan pengharapan yang terlalu tinggi.
Kepada semua readers, doakan lah yang terbaik untuk diri aku ea :))
Scattered pieces of a broken soul,
How to recollect, need some reconstruction.
I feel my life, so out of control.
Does anyone have any advice, some form of instruction?
How did he make me feel so utterly worthless?
So demeaned in my very own eyes.
I didn't think I'd be so damn speechless,
The moment we said our last goodbyes.
I walk alone today,
Wishing I did not have this emptiness,
Just praying that soon will come a better day.
So many feelings I never got to express.
Posted by Yana Liyana at 01:17 0 comments
Thursday, 2 February 2012
Terpengaruh lepas tu terberangan.
Assalamualaikum :)
ngeheeee :D
saje-saje nak sengeh tak boleh ? HAHAHAHAHA :D
okay. okay.
cuti-cuti ni memang inilah keje aku. tengok movie, tengok drama kat tv. lepas tu berangan. haihhhh. dulu janji da taknak berangan dah. tetibe je nak terberangan. HAHA ;D
okay. okay.
korang perasan tak drama Melayu sekarang suka kahwin kan anak dia time tengah study dan waktu tu dia dengan pasangan dia tak ada rasa cinta langsung last last tiba-tiba ada perasaan cinta antara mereka. perasan kann. haaaa ! disebab kisah itu la tetibe muncul pulak perbualan antara aku dengan mama.
me : mama, akak nak kawin waktu belajar ni la mama, macam cerita-cerita kat tv tu, bole?
mama : eleh. nak macam tu pulak. kata nak ambik double degree.
me : boleh punya la ambik double degree time-time dah kawin ni.
memandai la aku punya cerita kannn. HAHAHA ^^
dan, bila dah tengok drama-drama ni mula lah mata dan mulut ni nak mengatakan yang hero dalam cerita tu hensem lah, comel lah. memang dasar perempuan ! nak tengok drama sebab ada hero-hero hensem -.-"
ini hanyalah terberangan semata - mata sampai jerawat batu tumbuh bak cendawan kat dahi aku time - time cuti sem ni. -.- pelik pun ada. nak kata aku berfikir belajar, exam dah habis. memang jerawat batu berangan la tu nama nyaaaaa!!!! =.="
HAHAHAHAHA ;D
Posted by Yana Liyana at 19:13 0 comments
Wednesday, 1 February 2012
Sebab menang AJL, tetibe Hafiz hensem ! HAHA
Entah kenapa tetibe aku tengok Hafiz ni hensem la pulak bila menang AJL. ^^
Posted by Yana Liyana at 05:53 1 comments












