Assalamualaikum ;)
Apa yang aku jangka semalam memang berlaku. Aku tak terkejut tak pula aku menangis.
Semalam tepat pukul 2 petang aku membuka student portal UiTM untuk menyemak keputusan peperiksaan semester 1. Tak terkejut bila tengok pointer tapi terkejut dengan something wrong with my two killer subjects.Tak pe lah, maybe memang tersurat untuk aku terima.
Bila ramai dah mula IM aku dekat FB menanyakan pointer aku, aku relax je. Buat macam tak ada apa apa. Bila mereka mula meberi tau pointer diorang, WOW ! Aku mula rasa rendah diri, down, give up dan tiba tiba air mata aku jatuh ke pipi. Aku tak ada lah sehebat macam diorang. Aku tak sangka mereka memang AWESOME, the best friends who I never get ! Memang mereka patut mendapat apa yang mereka usahakan dengan gigih ! Tapi, aku nak sangat menjadi macam mereka. Apa yang mereka nak, mereka akan dapat. :(
Tiba tiba aku rasa down dengan result yang aku dapat tu. Aku bersyukur. Tapi dalam masa yang sama, KENAPA?
Aku biarkan dengan KENAPA tu dan I MUST ACCEPT IT ! Aku ni kadang-kadang susah untuk terima keadaan tapi aku kena jugak terima apa yang telah ditentukan oleh DIA !
Dan merekalah yang banyak support aku bila aku mula jatuh tersungkur. ALLAH, PARENTS AND MY BFFS. <3 Dan aku mula memotivate diri aku sendiri daripada terus jatuh tersunggkur dan terduduk sendirian.
ALLAH - DIA lah pemberi nikmat. Walaupun sikit, walaupun sekecil zarah pun itu dikira nikmat Allah. Aku bersyukur sangat kepada-NYA. Walaupun tak banyak, tapi ALHAMDULILLAH. Tanpa nikmat dia, aku mungkin tak dapat result macam tu. A night before knowing the result, aku dan mama ada pergi satu talk ni, dan ada satu ayat yang aku rasa sangat tersentuh, sangat mendalam. "Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Ingatlah bila kita mendapat sedikit nikmat Allah tapi kita tidak bersyukur, apabila dia mendapat banyak mana pun nikmat Allah dia tetap juga tidak bersyukur". Sangat makan dalam ayat ni sampai aku nak menitiskan air mata pun ada disebabkan aku teringat yang esoknya result keluar.
Beloved mama and ayah - Tanpa mereka tak mungkin aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang penuh cabaran dan dugaan ni. Mama ayah la yang banyak menyokong memberi semangat tatkala diri ini jatuh tersungkur. Terima kasih yang tak terhingga mama ayah. Sayang sangat sangat mama ayah. <3
BFFs :
Friends in fb - Walaupun ramai yang like dan ucapkan tahniah, tapi hanya Allah yang mengetahui perasaan ni.
Thursday, 23 February 2012
Allah, parents, BFFs really love you ! ;')
By the way, thanks so much guys ! Really appreciate it <3 !
Wan Azrai - Kawan yang selalu contact bila dah habis sekolah ni. Walaupun dekat sekolah tak ada lah serapat macam ni, tapi kata-kata kau semalam memang buat aku bersemangat balik.
Thanks Wan ! I'm really appreciate it ! ;)
Fara Aisyah - My special one. Even kita tak selalu sangat contact tapi aku tetap sayang kau ! Congrats dear ! Result kau buat aku bersemangat untuk bersaing dengan kau. Persaingan sihat antara bffs. ;)
Syira Sahar, Meera Malina, Jihah Yazid - Walaupun waktu cuti sem aku just jumpa Syira dan jiha, tapi korang bertiga tetap menaikkan semangat aku secara tak langsung. Meera, naikkan semangat aku waktu study week. Syira, setiap kali aku text kau, even in fb, kau mesti selitkan nasihat. Jiha pun sama. Korang semua U jauh jauh. Rindu korang sangat !
Special one ( no need to mention his name ) - Bila teringat kau, automatically I have new spirit after I got the result. Teringin nak bersaing dengan kau walaupun kita lain course dan tempat study. Kadang kadang aku pelik jugak, kuasa crush lebih hebat berbanding kuasa couple ! But, yang teringat sampai bila bila, can't lying, kuasa couple lebih hebat !
Seriously, bila teringatkan apa yang di atas ni, aku terus bersemangat dan bersedia nak tempuhi ombak dan duri kehidupan sem 2 5 Mac ni.
Aku ni mudah tersentap, mudah touching, dan mudah berasa down bila apa yang aku nak tak dapat.
Thanks korang kerana sangat memahami aku.
Aku akan baca balik post ni bila aku rasa jatuh tersungkur lagi. Really menangis lah bila baca balik ! :'(
LOVE YOU GUYS ! <3
Posted by Yana Liyana at 18:45
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment