Followers

Thursday, 16 February 2012

Badai gelora hati dan jiwa.

Entah kenapa aku rasa hari ni aku perlukan sesorang untuk bermesra, bercerita, bermain sms, bergayut dalam telefon sampai lewat malam, hantar sms yang jiwang-jiwang. Mungkin aku dah lama tak rasa kan semua tu semenjak aku break dengan someone waktu aku masuk PLKN dulu. Semenjak daripada tu sampailah sekarang tak ada sapa lagi yang boleh dapat mengetuk pintu hati aku.

Aku bukan meminta dan bukan untuk dipinta. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang ingin juga merasai cinta dan dicintai.

Semalam, aku mimpikan someone ni. Entah kenapa dia tiba - tiba muncul dalam mimpi aku tanpa apa - apa tanda. Someone yang aku kenal since form 2 satu kelas dengan aku dulu. Mimpi ni lain sangat. Dia meminta aku untuk maafkan dia, apa yang dia dah buat pada aku dulu dan dia sangat-sangat mencintai aku. Banyak kali dia berusaha untuk memenangi hati aku dan sampai satu hari, tiba-tiba aku terima dia.

Aku tau mimpi adalah mainan tidur. Tapi, makin aku fikir makin aku teringatkan dia.

Mungkin ni balasan aku kott. Ye lahh, dia muncul dalam hidup aku secara tiba-tiba waktu aku dengan dia sama-sama nak exam SPM. Aku memang tolak dia mentah-mentah waktu tu. Sebab dalam otak aku nak tumpukan kat SPM dan tak ada hati pun nak bercintan cintun ni. Bila aku study dekat matriks dia muncul lagi. Dia call aku, dia hantar sms dekat aku banyak kali semata-mata dia nak minta maaf and dia nak balik dekat aku. Aku waktu tu sakit hati dengan dia. Entah lah, bercampur baur perasaan aku waktu tu. Dah lah dengan study kat matriks tu yang susah dan sibuk bagai ada masa pulak nak fikir pasal ni. Dan sekali lagi aku memang tolak dia jugak sebab aku tak nak lelaki yang jilat ludah dia sendiri. Maksud aku, dia menyesal dengan perbuatan dia yang dah bertahun lamanya tu then dia nak couple pulak dengan aku.

Now, aku pulak yang menjilat ludah aku sendiri. Padanlah dengan muka aku ni kan ! Dulu dia nak kat aku, aku pulak yang tolak dia mentah-mentah. Sekarang ni pulak, aku add dia dekat FB terus dia block aku ! So, "What goes around comes around" lahh ! Aku pulak yang mencari-cari dia sekarang ni.

Hari Isnin hari tu, aku tengok cerita baru dekat TV3 pukul 7 malam "Atas Nama Cinta". Sekali pandang aku tengok muka pelakon muda lelaki yang bernama Epul, macam aku kenal tapi sapa yea. Dua kali pandang memang sah side dari tepi macam muka bekas bf aku dulu. Sebijik. Then, aku nekad, aku dah tak nak tengok cerita tu lagi. Aku pun tak tau kenapa tetiba stiap kali muka orang yang aku jumpa seiras dengan mana-mana lelaki yang berkaitan dengan aku mesti aku akan teringat. That's why lah aku tulis status dekat fb " Ya Allah, jika dia memang bukan untukku maka jauhilah aku daripada mengingatinya". Manusia tak pernah terlepas daripada mengingati kisah silam dia kan.

Hari Selasa, aku bukak fb, ada someone yang aku rapat dulu dah lama sangat menghilang. Aku contact lah dengan dia, tulis dekat wall dia, then komen-komen semua dia pulak kata aku lama menghilang. Haishhh. Sma-sama tuduh menuduh. Dulu, aku sangat rapat dengan dia. Apa-apa je aku mesti cerita dekat dia sehinggakan satu hari dia tetibe panggila aku "Sayang". Aku tersentap. Aku dengan dia yang tak ada hubungan apa-apa hanya seorang kawan baik dia panggil aku "sayang".

Tiba-tiba aku tersentap daripada lamunan kisah laman tu. Aku baru je habis tengok drama Melayu dekat Youtube "Kau Laksana Bulan", ada satu scene yang hero dia panggil kawan perempuan dia "sayang". Makin aku mengingati kisah aku tu. Dalam hati aku terdetik "dah lama orang tak panggil aku sayang".

Ouhhhhhh. Cuti ni terlalu melayan perasaan betul.

But, aku perlukan seseorang kan. Bak kata Cammy classmate aku dekat matriks, "kau kena berusaha. memang lah jodoh tu ditangan Allah. Tapi kalau kau tak berusaha takkan la jodoh tu macam boleh jatuh ke riba pulak". Tapi macam mana ?

Yess, selama aku belajar dekat UiTM ni, aku memang minat orang tu minat orang ni, crush orang tu crush orang ni. Tapi satu pun yang langsung tak melekat dalam hati aku. Cuma hanya bertukar-tukar je orang yang aku minat. Entah lah bila masanya sesorang yang boleh melekat dalam diari hati aku sampai akhir hayat.

Aku dah malas nak bercinta yang hubungannya hanya sementara. Macam aku kata hari tu its meaningless. Sekarang ni, aku nak seseorang tu yang dapat mengetuk pintu hati aku dan hubungan tu sampai ke hubungan suami dan isteri. Umur aku pun dah 20 tahun. Atuk aku pun dah pernah kata dulu-dulu dah boleh kawin dah. Apetah lagi umur aku yang macam ni. Gamaknya kalau tak ada pakwe tunggulah sapa yang sanggup masuk meminang aku dulu. HAHAHA ;D Boleh pulak macam tu.

Hishhh. Nilah akibatnya kalau cuti-cuti macam ni banyak sangat tengok drama dan movie sampai dah jiwang-jiwang macam ni. Dah lah tuuu. Korang pun mesti tak nak baca yang entry panjang lebar sangat kann.

okay. Tata titi tutu. ;)

0 comments: