Followers

Friday, 10 February 2012

Money, money and money.

Assalamualaikum :)

Bunyi macam dah gian dengan duit je kan. HAHA ;P

Tapi hidup ni kalau tak ada duit susah jugak.

Okay. Okay.

Dah lama tak membebel kat blog ni kan. Lama ke? Padahal baru berapa hari je kan. HAHA ;D
Jangan layan kesengalan saya. Saya memang begini. WAHAHAHA ;))

Actually, dalam beberapa hari ni aku dengan mama tengah mencari jalan macam mana nak cari duit lebih. Ada la satu hari, datang la seorang hamba Allah yang baik hati ni nak menolong. Aunti tu jiran kitorang jugak. Dia ada cerita kat mama pasal nak cari pendapatan lebih ni. Aunti tu cerita orang yang masuk benda tu boleh meraih pendapatan lumayan dalam masa 4 bulan dah boleh meraih 5K dan dengan usaha yang lebih orang tu telah meraih pendapatan lebih 20K setiap bulan ! WOW ! Bila mama cerita balik dekat aku, aku sangat curiosity !

Then, Aunti tu bawak la kitorang pergi kelas untuk mendengar penerangan yang lebih lanjut pasal bisness tu. WOW ! Seriously, aku sangat terpegun. Siang tu aku puasa. Yang pergi kelas tu malam. Puasa, korang tau je lah kan mesti malam tu nak makan puas - puas. Tapi aku hanya berbuka dengan kuih then terus pergi ke kelas bisness tu with mama and aunti tu. Korang tau betapa laparnya aku waktu tu. Tapi bila dengar pasal duit terus aku lupa akan perut aku yang berkeroncong tu ! Seriously ! Terlalu memikat hati aku untuk join bisness tu.

Bisness ni bukan lah sekadar meraih pendapatan yang lumayan. Tetapi juga meraih keinginan seorang manusia untuk hidup lebih sempurna. Sesiapa yang telah mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh syarikat, dia akan berpeluang memiliki sebuah kereta mewah dan juga percutian ke luar negara. Siapa yang tak bercita-cita memiliki semua tu. Percayalah, semua yang hidup kat atas muka bumi ni mesti mempunyai angan-angan macam tu kan ! :)

Bisness ni bukan lah bisness yang cepat kaya ke apa. Kalau bisness yang cepat kaya tu mesti telah meraih pendapatan lebih 10K dalam masa seminggu dua. Tu semua menipu, penipu dan ditipu belaka. Tapi bisness ni mempunyai kelebihan dia yang tersendiri. Sangat menarik ! Kalau korang pun mesti tertarik jugak kan ! :) Bohong lah kalau aku kata korang tak berminat. Hidup memerlukan duit. Tanpa duit apa yang kita nak pun semuanya angan-angan belaka. Lebih-lebih lagi kita ni student. Memang sangat la memerlukan duit nak sara hidup kita dan perbelanjaan kita dekat universiti.

Now, aku, mama dan ayah sekarang ni dah pun menggunakan produk yang telah kami beli daripada bisness tu. Not to be worry. Bisness ni bukan lah bisness direct selling yang memerlukan korang pergi ke sesuatu tempat dan ke tempat yang lain untuk menerangkan produk syarikat tersebut. Kerjanya tak memerlukan seperti itu, cuma korang kena mengajak rakan-rakan anda untuk join dan menghadiri kelas bisness yang telah di anjurkan oleh syarikat tersebut. Tak jauh pun tempat tu. Kalau korang duduk kat Puncak Alam dan Shah Alam amatlah dialu-alukan. Syarikat cawangan tu hanya dekat Shah Alam je. Memang tak jauh pun dari UiTM Shah Alam. Kalau korang berminat just inbox aku kat FB. Aku boleh bawak korang pergi ke kelas bisness tu berjumpa dengan director bisness tu sendiri. Aku bukan lah nak memaksa korang tapi aku hanya nak menolong orang yang sangat-sangat memerlukan duit dan ingin menambah pendapatan korang. :)
Korang mesti tertanya-tanya bisness apa yang aku buat kan? HAHA ;)
Tak nak lah bercerita sekarang nanti tak surprise kan? Don't worry, bisness ni HALAL untuk dijadikan sebagai kerjaya juga. :)
Kebanyakan mereka yang memasuki bisness ni adalah dari kalangan suri rumah tangga, pensyarah-pensyarah UiTM, dan ada juga yang lulusannya hanya setakat SPM sahaja. Tapi mereka telah buktikan yang mereka boleh meraih pendapatan lebih 20K sebualan !
Produk bisness ini jugak adalah barangan kesihatan dan kecantikan dan selamat untuk digunakan. :)

Okay. Tak nak lah berceramah panjang lebar. Nanti lain pulak jadinya. HAHAHA ;D

Wassalam.

0 comments: