Aku tak pasti
Perasaan yang mendatang
Perasaan itu sememangnya aku tau
Tapi tak pasti
Dia datang tak ku sangka
Bukan meminta
Dan bukan merancang
Bertandang di ruang hati, berterus terang
Sememangnya terdetik akan terjadi begitu
Wednesday, 15 August 2012
Sememangnya
Posted by Yana Liyana at 08:31 1 comments
Thursday, 9 August 2012
Perang Lagi
Akal Meraung "Puas lah hati kau buat dia macam tu! Puas lah tu kan?!"
Posted by Yana Liyana at 00:46 0 comments
Wednesday, 8 August 2012
Pendam atau Luah?
Hati "Perasaan cinta dari hati ini perlu diluahkan."
Otak "Jangan! Biarlah ia dipendam dan disimpan dalam kotak istina hati."
Hati "Sampai bila kau nak pendam?"
Otak "Bila tiba masanya ia akan terluah dengan sendirinya."
Hati "Tapi, bila masanya?"
Otak "Sampai kau tahu itulah masanya."
Hati "Tapi, aku tidak terdaya untuk pendam."
Otak "Kau mampu wahai HATI."
Hati "Macam mana aku nak mampu? Kalau dah setiap hari , setiap masa perasaan cinta itu aku pendam!"
Otak "Cinta itu tak seharusnya diluahkan dengan kata-kata, dan cinta itu tak seharusnya ditunjukkan dengan perbuatan, hanya HATI kau dan dia yang dapat menegetahui kekuatan cinta itu sebenarnya."
Hati "Bagaimana aku mengetahui semua itu?"
Otak "It a sense! It a instinct!"
Hati "How it does occur?"
Otak "Bila Allah ciptakan dia untuk kau, Allah akan satukan HATI dia dan HATI kau. Dan kau dengan dia akan merasai penyatuan cinta itu melalui 'sense' dan 'instinct' yang dianugerahkan. Itulah 'LUAHAN' yang sebenarnya."
'HATI' kadang-kadang ia meronta-ronta meluahkan perasaan itu.
'OTAK' dicipta untuk berfikir dengan kematangan.
'OTAK' mengawal 'HATI', dan 'HATI' dikawal oleh 'OTAK'.
Sebab tu orang kata:
"Ikut hati mati, ikut rasa binasa."
P/S : note to myself also :)
Posted by Yana Liyana at 17:37 0 comments
Sunday, 29 July 2012
Special birthday present #5
Alhamdulillah sangat!
Hadiah yang tak disangka-sangka!
Hadiah pada malam birthday aku. Sangat la bersyukur dan happy! :DD
Nak tahu apa dia?
.
.
.
.
.
.
.
SURPRISED!!!!!!!
Posted by Yana Liyana at 22:54 0 comments
Special birthday present #4
A special words are very memorable present for me every year.
WHO gave me a special words?
WHEN she or he gave "that special words" for me?
WHAT words that she or he gave that I think as "special"?
HAHA. Tertanya tanya bukan?
Okayy, sebenarnya setiap tahun birthday aku, aku mesti dapat text ucapan birthday dari my babies "THE LESBOS" HAHA, FARA AISYAH AND ANOM! Perlu di "caps lock" kan sebab since form 3 lagi mereka ni tak lupa wish birthday aku tepat pukul 00.00 AM 20 JULY. Thank you very much sayang sayangku!
Walaupun tiada hadiah harta benda yang mereka beri tapi "the special wish" every year tu la yang aku rasa special sangat. :)
Seorang lagi yang wish birthday aku tepat pukul 1.00 AM 20 JULY. Wan Azrai! Sejak satu campus dengan dia sem 2 ni, sejak tu la kitorang jadi closed! Selalu contact, kadang-kadang ajak lunch time tak busy la, then sekarang ni dia sangat la suka mengusik. Sangat segan tahu bila dia selalu sangat mengusik. HAHA! Kawan kann memang selalu macam tu. ;D
And that special one, my "Crush" la, that capital E. Dia wish juga! :) Seriously, aku gembira bila dia wish. And one more thing birthday aku dengan dia 20th hari bulan juga, tapi bulan lain laa, bulan tu rahsia la ea. :)
By the way, thank you very much you alls! and aku tetap sayang korang as kawan-kawan yang rapat dengan aku :)
Posted by Yana Liyana at 22:38 0 comments
Special birthday present #3
Setelah beberapa hari mendiamkan diri, tangan dan jari jemari ini mula aktif untuk menekan kekunci di laptop tercintaku ini.
Nak tau "that surprise"?
Okayyy, actually sehari sebelum birthday, aku apply kerja dekat kumon dekat Shah Alam 2 Puncak Alam ni.
Suddenly, Nazrul was in front of the entrance. I was shocked! :O It was not surprised to me. Sebab aku memang dah lama tau yang Nazrul dulu pun pernah berkerja dekat Kumon tu. Then dia tanya aku, "Kau mintak kerja dekat sini ke?". "Yups" aku jawab. Then dia kata "Jumpa la Mak Megat." Dalam hati aku berkata "oke,mak Megat pun bekerja di sini"
Lagi mengejutkan aku, Syafiq pun bekerja di situ. Haihhh. Tiga orang ex-classmates bertemu dan bekerjasama di satu tempat kerja yang sama.
Mereka berdua ni Syafiq and Nazrul ni sebenarnya ex-classmates aku time Form 4 and Form 5 dekat SMKPA tercinta. HIHIHI. 4 Science 1 dan juga 5 Kreatif yang merangkap 5 Science 1 juga pada tahun 2008 dan 2009. :)
Dan kali ketiga yang buat aku terkejut lagi. Jap jap. Tujuan aku pergi Kumon ni cuma nak isi borang jer untuk berkerja selama 2 bulan cuti sem ni. Dan tiba-tiba, Cik Yong yang menguruskan pekerja di sini offer aku terus bekerja di situ pada waktu itu juga tanpa ditemuduga dan tanpa melihat borang yang aku isi tu.
Ya Allah, rezeki sangat sangat tu. Kalau Allah nak beri rezeki dekat hamba-NYA DIA tak kira bila-bila sekejap tu jugak dia beri. Bersyukur sangat! Dah la esoknya 20 JULAI 2012 birthday aku yang ke 20 tahun. Dah tua dah aku ni dah masuk puluhan dah. HUHU.
KUMON. :)
Walaupun gajinya tak lah sehebat mana, tapi aku tetap bersyukur. Sekadar memenuhi masa lapang aku yang ada di rumah dalam bulan puasa ini. Aku mula mula nak cari kerja yang berat sikit dan gaji pun mesti la besar kan. Tapi bila difikirkan balik waktu tu bulan puasa, mesti penat kann.
Takpe la,janji duit masuk time cuti dan aku dapat la jugak mencari pengalaman. :)
Posted by Yana Liyana at 19:22 0 comments
Thursday, 26 July 2012
Perbezaan merapatkan kita.
Kita lahir dari masa yang berbeza.
Kita lahir dari hari yang berbeza.
Kita lahir dari tarikh yang berbeza.
Kita lahir dari bulan yang berbeza.
Kita lahir dari tahun yang berbeza.
Malah umur kita juga berbeza.
Adakah itu jurang perbezaan untuk kita tidak berkawan?
Kita datang dari tempat yang berbeza.
Kita datang dari rumah yang berbeza.
Kita datang dari daerah yang berbeza.
Malah kita datang dari negeri yang berbeza.
Adakah tempat yang berbeza itu boleh menjarakkan silaturrahim antara kita?
Kita datang dari keluarga yang berlainan keturunan.
Kita datang dari keluarga yang berlainan.
Malah kita ber'bin' dan ber'binti' dari ayah yang berlainan.
Adakah perbezaan itu menghalang kita untuk mengenali lebih rapat antara keluarga kita?
Warna kulit kita kadang-kadang ada bezanya.
Hitam manis, sawo matang, cerah, dan kuning langsat.
Adakah perbezaan itu yang boleh membuatkan kita rasa janggal untuk berkawan?
Hobi kita berbeza.
Minat kita berbeza.
Matlamat kita berbeza.
Kursus yang kita belajar di universiti juga berbeza.
Malah cita-cita kita juga berbeza.
Adakah jurang ini membuatkan kita tidak boleh berkongsi minat kita masing-masing?
Perbezaan inilah yang menghubungkan kita sebenarnya.
Yang merapatkan kita sebenarnya.
Perbezaan ini juga kita dapat mengetahui siapa diri kita sebenarnya.
Perbezaan ini juga membuatkan kita rasa rendah diri kepada-NYA.
Perbezaan ini juga membuatkan kita sedar dari mana kita datang.
Ingatlah bahawa tiada perbezaan ini tiadalah warna-warni kehidupan dunia yang DIA ciptakan ini.
Posted by Yana Liyana at 09:20 0 comments
Tuesday, 24 July 2012
Special birthday present #2
16 July 2012,
A big present from my lovely roommates.
Bukan benda.
Bukan harta benda yang mereka bagi.
Tapi mereka bagi masa yang berharga bersama mereka.
Masa yang tak mungkin berpatah balik.
Selepas je mereka semua habis exam pada 15 Julai 2012,
pada 16 July 2012 lah adalah hari meluangkan masa bersama sebelum mereka pulang ke kampung halaman mereka Penang.
Alaa,hang out macam ni kami 4 orang. Ni bukan gambar sebenar cuma sekadar hiasan. HAHAHAXD
Ni lah kami 4 orang yang sangat la phsycho!! [dari kiri nia,yana,awin and hieda] mereka mereka ni semua budak2 mascomm. Dua orang ni,nia and awin roommate aku. Ynag Hieda ni pulak classmate nia. Nia and Hieda budak broadcast and awin ni pulak budak journal. Sangat la merindui mereka tauuu! :( Tapi awin tak ikot kitorang hang out dekat KL sebab awin dah start kerja part time kat post office dekat Shah Alam jugak.
Yang lagi sorang tu siapa? Siapa? HAHAH jap ea.
Posted by Yana Liyana at 23:51 0 comments
Special birthday present #1
The July is coming! That means my birthday is coming soon! [ini hanya flash back balik dulu dulu punya masa seminggu yang lalu] XD
The first present that I received was "I AM FREE NOW STARTED FROM 14TH JULY 2012 AT 4.15PM". These days were my last paper I met LATEX! Alah,paper pasal getah la! HAHAHA!
Freedom! Freedom saya selepas paper Latex tu macam ni lahh! *tak adalah sampai melompat bagai tapi hati yang kegirangan melompat!*
And one more thing, saya dah tamat pengajian saya pada tahun pertama jurusan teknologi polimer di UiTM Shah Alam! Alhamdulillah :) *eh,ucapan macam dah grad pulak padahal baru tahun pertama ea ingat tu yana!* HAHAHA! XD
Next sem, sem 3 ( second year ) for my degree study! Hope all will be fine :) InsyaAllah :)
Posted by Yana Liyana at 21:00 0 comments
Monday, 11 June 2012
You are a simple guy that I met before!
He is just a simple guy that I met before.
The only one I knew.
The only one that I have before.
Simple, not complicated, knowledgeable.
That makes you have more maturity.
Just for awhile We knowing each other.
But, I knowing you like a thousand hours I have.
Looks like happier than others.
Looks like We have the same thing what We like.
But, I have to more deeply knowing you.
DEEPLY!
You helped me more than I guess.
You inspire me to be like you.
Just because only CRUSH with YOU.
I think my feeling is deeply crush on you because you are the simple one guy that I have met!
THANK YOU AWAK!
Posted by Yana Liyana at 06:45 0 comments
Tuesday, 29 May 2012
Deeply touched!
Assalamualaikum.
Setiap kali entry mesti ada ayat yang touching2 dari aku kann?
Tapi entry kali ni sangat touched bagi aku.
Ayah dekat Hospital Kuala Lumpur. About his kidney failure again. Kali ni aku rasa macam nak menangis. Nak tau sebab apa? Aku tau ayah menangung kesakitan amat sangat. Dan tiba-tiba ayah pegang tangan aku dan mama and cium tangan kami, ayah kata "ayah sayang kedua-duanya dan taknak kehilangan kedua-duanya". Ouchhh. Air mata macam nak mengalir waktu tu. Tapi aku tahan. Aku takut kehilangan orang yang aku sayang especially mama and ayah. Aku tatau nak bayangkan macam mana kehidupan aku bila tak ada mereka. Aku anak tunggal. Faham-faham lah apa yang aku rasa. Dah la aku masih lagi belajar. Kadang-kadang aku goyah bila aku rasa nak terjatuh. Siapa yang nak bagi aku tangga dan siapa yang nak pimpin tangan aku bila aku jatuh bila mereka berdua dah tak ada nanti? Siapa?
Baru-baru ni UiTM baru je habis istiadat konvokesyen. Aku dapat bayangkan yang aku ambik segulung ijazah di atas pentas dan mama, ayah melihat aku dengan penuh rasa bangga di tempat duduk hadapan. Aku bayangkan semua tu sebagai pencetus semangat aku untuk terus FIGHT untuk dapat result yang terbaik!
Perasaan aku pagi-pagi buta ni bercampur baur sedih,resah rindu dan macam-macam.
Rindu. Rindu pada Kolej Matrikulasi Melaka. Wan sangat buat aku teringatkan benda tu sebab hari ni adik dia register dekat matiks Melaka. Seriously,deeply missed all memories at KMM.
Rindu. Rindu pada orang itu. That capital E. Aku rasa walaupun jarang jumpa,text dan lebih-lebih lagi IM kat FB sbb aku sangat busy siapkan assignment tapi aku rasa ada satu penghubung yang mendekatkan aku dengan dia. Kalau kita suka dengan orang tu, rindu dengan orang tu, berdoa pada Allah. :)
I can't describe my feeling along that I felt tonight. Sorry, sangat emosional entry kali ni.
Btw, thank youu so much kepada yang support aku, especially bestfriends and heartstrings <3
Posted by Yana Liyana at 04:34 1 comments
Tuesday, 1 May 2012
Bahagia sebebahagianya.
Hari ni amat bahagia. Eh, hari ni? I mean, semalam (hari Isnin, penutup bulan 4 yang berbahagia dan terindah ini,30.4.2012) ecehhh,ayattt. HAHAHA. *nak jugak tambah 'HAHA' tu*
Okayyyy. Bahagia. Bahagia. Dan bahagia. Lagi sekali. Tengok, betapa bahagianya aku hari ni. Eh, semalam. Tapi bukan semalam je, mungkin hari-hari. HAHA. *sekali lagi* Chillax laa. Hidup ni kena bahagia dan ceria baru berwarna-warni hidup kannn? Tak gitu. HAHA. :DD
Kenapa aku bahagia? Apa yang buat aku bahagia? Di mana yang buat aku bahagia? Dan siapa yang buat aku bahagia? Siapa? Siapa? Teka laaa. HAHA.
Ada 2 kemungkinan yang boleh buat aku bahagia. Satu, esok cuti. Esok? Hari ni laa. 1 Mei kann. Aku tatau apa nak buat esok pagi. Tu la sebab aku rasa bahagia? Padahal lab report, drawing jadah tu tak siap boleh pulak kata tak tau nak buat apa kannn. =.= Tapi bahagia aje. HAHA.
>>Jap, boleh tak setiap "paragraph" aku nak letak 'HAHA'? Kata bahagia,mesti la kena ceria HAHA :DDD<<
Yang kedua, siapa ynag tak bahagia kalau lepak dengan crush sendiri kann? OPPPPSSSS! Terbocor rahsia besar! Tu la "HEKSITED BAHAGIA" sangat lagi kannn sampai rahsia negara sendiri terbocor. Tapi "HERO" tu tetap aku akan rahsiakan identiti dia.
Mentang-mentang esok cuti, mula la rasa bosan bila kelas habis awal. Sepatutnya kelas perlu dibatalkan hari ni. Semua kelas! Ulang lagi sekali SEMUA KELAS HARI ISNIN! Nak tau kenapa? Aku rush balik dari Puncak Alam ke UiTM Shah Alam semata mata mengejar kelas pukul 10.30 pagi sahaja! Choiii!
*Okay, abaikan saya punya ketidakpuashatian itu,btw, dah okayy punn :) *
Bila dah bosan kelas habis awal,esok pulak cuti, tangan aku mula la gatal dan ringan nak menaip text kawan baik aku yang sorang ni ha ajak lunch. Dia ni........errrrr..... Merangkap schoolmate, merangkap UiTMmate dan juga merangkap 'crush'. Err. Crush? Kenapa aku crush tetiba dekat dia? Sebab kitorang study satu UiTM Shah Alam? Sebab.... Okay,biarlah sebab tu dirahsiakan :) Nasib baik dia boleh temankan pada mulanya dia tak jadi.
Then, then, then , apa jadi? HAHA. nak tau?
Kitorang lunch sama sama laaa! :DDDDDDDD Gembira di hati hanya Allah je yang tau! :DDDD
Then, then, then, dia ni tetiba ajak yang kawan baik aku yang sorang lagi. Yang sorang ni lagi, dulu dulu tak rapat sangat, dulu dulu la, tapi entah kenapa waktu sekarang dah besar besar ni rapat pulak. Mungkin ada hikmah :) . Dan, dan, dan dia ni pun aku tercrush dengan dia. CRUSH? Kenapa perlu crush sampai dua sekali dalam satu masa? OOPPPPSSS! Okay,aku tak tau kenapa. Itu cuma perasaan yang telah dibolak balik kann. Sorry, agak fefeeling pulak. Dah cukup! Aku cuma anggap mereka ni kawan baik dan kawan yang rapat dengan aku tak lebih dari itu walaupun ada perasaan crush. Boleh percaya ke? HAHA. Boleh, insyaAllah. Aku suka kawan dengan diorang. Suka sangat mengusik aku sampai buat aku blushing gila gila sangat bole?
Sepetang bersama diorang cukup untuk aku rasa happy walaupun pada mulanya aku sangat la gundah gulana,bosan dan sewaktu dengannya.
Okay, dah tanak bebel panjang panjang lebar, nanti korang bosan baca. Tak gitu. Badan pun dah penat, mata pun dah kuyu, jari ni pun dah penat menari nari kat keyboard ni.
Okay, Goodnight and Goodmorning. :)
Assalamualaikum :)
Posted by Yana Liyana at 01:57 0 comments
Monday, 23 April 2012
Myself and the Crush
Assalamualaikum :)
The CRUSH. Kenapa kuasa crush sangat hebat? Nak tau kenapa? See the picture below.
Posted by Yana Liyana at 01:49 0 comments
Saturday, 31 March 2012
Always be CONFIDENCE, be BRAVE !
Assalamualaikum :) *senyum panjang-panjang nampak gigi*
Alhamdulillah. Aku dah semakin berani! Berani? Ni bukan berani bergaduh ke hapa. Tapi berani dalam macam-macam aspek yang positif.
Nak tau kenapa? Segalanya bermula dengan Kokurikulum yang aku masuk dengan pilihan rela hati "BAHASA MELAYU DEBATING". Semuanya bermula dengan itulah. Dan sejak itulah aku mula jatuh cinta dengan debat ! Mungkin aku dah nampak kelebihan dia.
Banyak sebenarnya yang aku dapat kelebihan daripada masuk debat ni. Tak boleh untuk diungkapkan dengan kata-kata, tapi cuma ALLAH yang tau segalanya.
Ramai yang tanya aku, kenapa pilih debat bahsa Melayu ni sebagai pilihan KOKO aku. Ada banyak reason.
Aku suka cakap, aku suka bagi pendapat, aku nak bina keyakinan diri dan menjadi berani untuk argue pendapat orang, dan melatih kelancaran percakapan aku jugak . :)
And now, aku dah berubah menjadi seorang yang berkeyakinan dan berani. Walaupun tak banyak tapi ada sikit pun jadi la kan. Aku nak teruskan usaha aku ni untuk berubah ke arah yang lebih baik ! :)
InsyaAllah. mudah-mudahan. :)
Posted by Yana Liyana at 18:49 0 comments
Friday, 30 March 2012
Betul ke orang kata muka hampir sama ada jodoh?
Errrrr. No comment for this statement. Tapi, tapi, dan tapi, ada kebenaran jugak kannn? :)
Entah kenapa?
Apa yang aku rasa speechless, terkejut, dan tak tau !
semuanya terjadi pagi tadi dekat lab. Aku memang selalu dengan dia. Buat lab mesti berpartner kan dia. Tapi perasaan tu semuanya dah berlalu ! Yessss. DAH BERLALU ! Nothing happen with my heart about him. Dah tak ada apa apa perasaan, cuma HANYA KAWAN ! Tapi kenapa perasaan tu datang balik bila lab assistant kata rupa aku dengan dia sama. Dia da blushing okayyy! Kenapa datang perasaan tu lagi. KENAPA masih teringat apa yang terjadi pagi tadi.?
Tetibe aku teringat that person. My Dae Woong. Rindu. Dia menghilang entah kenapa?
Okayyyy. Aku cuma nak mengelak dari tercrush lagi dengan coursemate aku, tak akan, tak nak. Cuma nak sematkan dalam hati HANYA KAWAN. Biar lah sekarang that "Dae Woong" is a last person who I had crush crush on him, because he really inspire me :) . AMIN. :)
Actually, google pasal ni tetibe terjumpa ayat ni. "...jodoh kita....ada disekeliling kita...kita sentiasa bertemu..berselisih...adakala nya bersapa mesra.....namun....tanpa kita sedar...kita langsung tidak peduli....bahawa itu lah jodoh kita....."
mudah mudahan macam tu la. :)
tambahan , doa pendekat jodoh :)
Posted by Yana Liyana at 12:58 0 comments
Wednesday, 28 March 2012
Wordless Wednesday #2#
Posted by Yana Liyana at 18:00 0 comments
Thursday, 1 March 2012
The CAPITAL E.
Posted by Yana Liyana at 01:21 0 comments
Tuesday, 28 February 2012
Menyusun strategi
Assalamualaikum my dearest readers :)
Hope korang semua sihat sihat yea. :)
Okay, bunyi macam nak rancang sesuatu yang DABOOM je kan. HAHAHA ;D
Sebenarnya tak lah deboom sangat. Cuma nak bersemangat sikit. Ye la, sem 2 ni bakal menjelang tak lama lagi. Just, tak sampai seminggu lagi je. 5 March ni start la.
Untuk lagi menaikkan lagi semangat, tadi setelah petang tadi menunggu untuk register course untuk sem 2, baru sekarang dah berjaya register kesemuanya ! BHAHAHAHAHA ;D
Macam - macam masalah dihadapi tapi tak mematahkan semangat ! ;)
Cer tengok gambar kat bawah ni.
Posted by Yana Liyana at 02:37 0 comments
Thursday, 23 February 2012
Allah, parents, BFFs really love you ! ;')
Assalamualaikum ;)
Apa yang aku jangka semalam memang berlaku. Aku tak terkejut tak pula aku menangis.
Semalam tepat pukul 2 petang aku membuka student portal UiTM untuk menyemak keputusan peperiksaan semester 1. Tak terkejut bila tengok pointer tapi terkejut dengan something wrong with my two killer subjects.Tak pe lah, maybe memang tersurat untuk aku terima.
Bila ramai dah mula IM aku dekat FB menanyakan pointer aku, aku relax je. Buat macam tak ada apa apa. Bila mereka mula meberi tau pointer diorang, WOW ! Aku mula rasa rendah diri, down, give up dan tiba tiba air mata aku jatuh ke pipi. Aku tak ada lah sehebat macam diorang. Aku tak sangka mereka memang AWESOME, the best friends who I never get ! Memang mereka patut mendapat apa yang mereka usahakan dengan gigih ! Tapi, aku nak sangat menjadi macam mereka. Apa yang mereka nak, mereka akan dapat. :(
Tiba tiba aku rasa down dengan result yang aku dapat tu. Aku bersyukur. Tapi dalam masa yang sama, KENAPA?
Aku biarkan dengan KENAPA tu dan I MUST ACCEPT IT ! Aku ni kadang-kadang susah untuk terima keadaan tapi aku kena jugak terima apa yang telah ditentukan oleh DIA !
Dan merekalah yang banyak support aku bila aku mula jatuh tersungkur. ALLAH, PARENTS AND MY BFFS. <3 Dan aku mula memotivate diri aku sendiri daripada terus jatuh tersunggkur dan terduduk sendirian.
ALLAH - DIA lah pemberi nikmat. Walaupun sikit, walaupun sekecil zarah pun itu dikira nikmat Allah. Aku bersyukur sangat kepada-NYA. Walaupun tak banyak, tapi ALHAMDULILLAH. Tanpa nikmat dia, aku mungkin tak dapat result macam tu. A night before knowing the result, aku dan mama ada pergi satu talk ni, dan ada satu ayat yang aku rasa sangat tersentuh, sangat mendalam. "Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Ingatlah bila kita mendapat sedikit nikmat Allah tapi kita tidak bersyukur, apabila dia mendapat banyak mana pun nikmat Allah dia tetap juga tidak bersyukur". Sangat makan dalam ayat ni sampai aku nak menitiskan air mata pun ada disebabkan aku teringat yang esoknya result keluar.
Beloved mama and ayah - Tanpa mereka tak mungkin aku dapat meneruskan perjalanan hidup yang penuh cabaran dan dugaan ni. Mama ayah la yang banyak menyokong memberi semangat tatkala diri ini jatuh tersungkur. Terima kasih yang tak terhingga mama ayah. Sayang sangat sangat mama ayah. <3
BFFs :
Friends in fb - Walaupun ramai yang like dan ucapkan tahniah, tapi hanya Allah yang mengetahui perasaan ni.
Posted by Yana Liyana at 18:45 0 comments
Really I miss you like crazy ! ;')
Posted by Yana Liyana at 02:12 0 comments
Monday, 20 February 2012
Tak boleh berbohong lagi.
Posted by Yana Liyana at 04:58 0 comments
Sunday, 19 February 2012
Penyakit CRUSH datang lagi !
Assalamualaikum.
Okay, macam mana nak mulakan cerita dulu ea. Step by step okay.
Semalam, petang aku meet dengan Syira sebab hari ni (Ahad) dia da nak balik UNIMAS Sarawak. Petang tu borak-borak, gosips-gosips pasal apa yang berlaku selama 5 bulan lebih dekat U kitorang. Then, malamnya Syira ajak keluar makan sebab Wan ajak. Aku okay je lahh.
Then, bila dah sampai dekat medan selera fasa 2 tu, aku nampak sebelah Wan ada someone. Nak tau sapa dia? For me, aku memang kenal sangat la kann. Geng-geng sekolah jugak SMKPA. :) But, dekat sini I just mention him asssss. Urm.. Kejap aku fikir. Okay, dah ada ! Memandangkan sekarang aku tengah syok tengok movie korea My Girlfriend Is Gumiho, aku nama kan dia sebagai Dae Woong ^^. Okay tak? Lagi pun aku memang dah lama tak jumpa dengan someone tu, then bila dah jumpa serious da macam pelakon korea aku tengok dia. HEHEHEEE >.< Kiranya hensem lah kannn >,<
Bila aku dah sampai kat medan selera tu, Dae Woong tengok aku tak berkedip dari atas sampai ke bawah. Dia kata pelik. Haihh-.- apa yang peliknya Dae Woong. Mula lah dia nak mengimbau kisah lama dulu. Kisah muda mudi kanak-kanak ribena, sekolah rendah dulu. Haihh -.- aku pulak yang pelik dengan dia. HAHA
Dalam hati aku waktu tu kan, hensem lah dia. Serious dia dah lain. Sangat lain. Maksud aku lain dari segi penampilan diri dia, perwatakan dia, senyuman dia, gaya dia buat aku terpaku sekejap. Eceh ceh ceh, jiwang sangat aku ni kannn. Tape lah, heksited waktu tu kann, jiwang keparat la nampaknya. HAHAHA ;D
Kitorang borak, borak dan borak hampir pukul 11 malam. Nasib baik lah mama aku dan ayah Syima call, kalau tak sampai pukul 12 la nampaknya kann. HAHAHA. Jumpa kawan lama memang lah macam ni kannn. Banyak cerita yang nak diceritakan dan nak dikongsikann ^^. Dalam waktu beborak tu seriously, si Dae Woong dengan Wan tak habis-habis nak mengusik aku. Aku tau la, kadang-kadang aku ni blur sikit =.=" tapi jangan la nak mengusik aku sampai aku tergelak gelak hampir mengeluarkan air mata tau ;') HAHAHA . Lawak lah mereka.
Okay, aku tau, aku baru first time lepak and hang out with Dae Woong ni. But........... Tiba-tiba aku dah rasa macamm.............. Tak tau lah apa aku nak kata. Tapi cara dia aku sangat suka ! Dan cara dia la buat aku tertarik nak kawan rapat dengan dia. Butt.... Nak kawan rapat dengan dia tapi tak ambil nombor phone dia. Bengong ! -.- HAHAHA. Tape la, FB kan ada. But, dia jarang online. Maybe, aku dah tercrush dekat dia kott. Haihhhh -.- Crush lagi.
Then, balik je dari makan makan tu, tiba tiba aku terfikir nak text Syira. Aku text la. Text punya text, aku cakap la apa yang aku rasa dalam hati aku. Cuma Syira je yang faham apa yang aku nak cerita kan dan faham apa yang aku rasa. Aku cerita la kat Syira yang aku tercrush kat Dae Woong tu. Syira dah agak da apa yang aku nak cerita kan kat dia.
Ohhhhh NO ! Kenapa perlu macam ni. Baru jumpa, hang out dan lepak dah boleh suka. -.-
Aku ni tak boleh la kalau lelaki tu terlalu caring atau pun percakapan dia memang menarik hati aku atau pun lelaki yang sangat suka buat lawak. Serious, aku boleh terCRUSH macam ni ! Tambah tambah lagi lelaki tu hensem, lagi lah bertambah crush aku ! ;')
Then, text text Syira, aku punluahkan la hajat dalam hati aku ni. Hajat apa erh ? Rahsia laa ^^. Hanya aku and Syira je tau. Sebab aku percayakan Syira.
Kitorang text semalam pun dah lewat malam dah masuk pagi dah pun.
Then, petang tadi Syira text lagi. Dia kata, better aku kawan dengan Dae Woong tu dulu. Kenal dengan dia lebih rapat lagi. Okay, actually awal pagi yang aku text Syira tu sebenarnya mengikut perasaan hati aku. Waktu tidur tu la aku fikir apa yang aku cakapkan dekat Syira lewat malam tu.
Urm. Okay, betul kata Syira dan kata kewarasan akal aku. Better aku kawan dengan dia dulu. Kenal dia lebih rapat lagi. Mana la tau dalam perkenalan yang rapat tu boleh menjadi serious. InsyaAllah :) Syira kata, bak kata cikgu Hajariah "Tak lari gunung dikejar" >.< Tapi aku tak nak lah mengharap. Syira pun kata jangan lah mengharap kerana mengharap tu sakit. Memang ! Aku pun pernah melaluinya. So, now, aku just ikut flow kehidupan aku je sekrang ni ><
Okay lah. Berpokpek pkpek panjang panjang nanti korang bosan pulak kan. Tape lah. *tak touching ni tau*
HAHAHAHA ;D
Posted by Yana Liyana at 23:38 0 comments
Saturday, 18 February 2012
Hero saya sekarang ini. OHHSEMMM!
Posted by Yana Liyana at 02:53 0 comments
Thursday, 16 February 2012
Badai gelora hati dan jiwa.
Entah kenapa aku rasa hari ni aku perlukan sesorang untuk bermesra, bercerita, bermain sms, bergayut dalam telefon sampai lewat malam, hantar sms yang jiwang-jiwang. Mungkin aku dah lama tak rasa kan semua tu semenjak aku break dengan someone waktu aku masuk PLKN dulu. Semenjak daripada tu sampailah sekarang tak ada sapa lagi yang boleh dapat mengetuk pintu hati aku.
Aku bukan meminta dan bukan untuk dipinta. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang ingin juga merasai cinta dan dicintai.
Semalam, aku mimpikan someone ni. Entah kenapa dia tiba - tiba muncul dalam mimpi aku tanpa apa - apa tanda. Someone yang aku kenal since form 2 satu kelas dengan aku dulu. Mimpi ni lain sangat. Dia meminta aku untuk maafkan dia, apa yang dia dah buat pada aku dulu dan dia sangat-sangat mencintai aku. Banyak kali dia berusaha untuk memenangi hati aku dan sampai satu hari, tiba-tiba aku terima dia.
Aku tau mimpi adalah mainan tidur. Tapi, makin aku fikir makin aku teringatkan dia.
Mungkin ni balasan aku kott. Ye lahh, dia muncul dalam hidup aku secara tiba-tiba waktu aku dengan dia sama-sama nak exam SPM. Aku memang tolak dia mentah-mentah waktu tu. Sebab dalam otak aku nak tumpukan kat SPM dan tak ada hati pun nak bercintan cintun ni. Bila aku study dekat matriks dia muncul lagi. Dia call aku, dia hantar sms dekat aku banyak kali semata-mata dia nak minta maaf and dia nak balik dekat aku. Aku waktu tu sakit hati dengan dia. Entah lah, bercampur baur perasaan aku waktu tu. Dah lah dengan study kat matriks tu yang susah dan sibuk bagai ada masa pulak nak fikir pasal ni. Dan sekali lagi aku memang tolak dia jugak sebab aku tak nak lelaki yang jilat ludah dia sendiri. Maksud aku, dia menyesal dengan perbuatan dia yang dah bertahun lamanya tu then dia nak couple pulak dengan aku.
Now, aku pulak yang menjilat ludah aku sendiri. Padanlah dengan muka aku ni kan ! Dulu dia nak kat aku, aku pulak yang tolak dia mentah-mentah. Sekarang ni pulak, aku add dia dekat FB terus dia block aku ! So, "What goes around comes around" lahh ! Aku pulak yang mencari-cari dia sekarang ni.
Hari Isnin hari tu, aku tengok cerita baru dekat TV3 pukul 7 malam "Atas Nama Cinta". Sekali pandang aku tengok muka pelakon muda lelaki yang bernama Epul, macam aku kenal tapi sapa yea. Dua kali pandang memang sah side dari tepi macam muka bekas bf aku dulu. Sebijik. Then, aku nekad, aku dah tak nak tengok cerita tu lagi. Aku pun tak tau kenapa tetiba stiap kali muka orang yang aku jumpa seiras dengan mana-mana lelaki yang berkaitan dengan aku mesti aku akan teringat. That's why lah aku tulis status dekat fb " Ya Allah, jika dia memang bukan untukku maka jauhilah aku daripada mengingatinya". Manusia tak pernah terlepas daripada mengingati kisah silam dia kan.
Hari Selasa, aku bukak fb, ada someone yang aku rapat dulu dah lama sangat menghilang. Aku contact lah dengan dia, tulis dekat wall dia, then komen-komen semua dia pulak kata aku lama menghilang. Haishhh. Sma-sama tuduh menuduh. Dulu, aku sangat rapat dengan dia. Apa-apa je aku mesti cerita dekat dia sehinggakan satu hari dia tetibe panggila aku "Sayang". Aku tersentap. Aku dengan dia yang tak ada hubungan apa-apa hanya seorang kawan baik dia panggil aku "sayang".
Tiba-tiba aku tersentap daripada lamunan kisah laman tu. Aku baru je habis tengok drama Melayu dekat Youtube "Kau Laksana Bulan", ada satu scene yang hero dia panggil kawan perempuan dia "sayang". Makin aku mengingati kisah aku tu. Dalam hati aku terdetik "dah lama orang tak panggil aku sayang".
Ouhhhhhh. Cuti ni terlalu melayan perasaan betul.
But, aku perlukan seseorang kan. Bak kata Cammy classmate aku dekat matriks, "kau kena berusaha. memang lah jodoh tu ditangan Allah. Tapi kalau kau tak berusaha takkan la jodoh tu macam boleh jatuh ke riba pulak". Tapi macam mana ?
Yess, selama aku belajar dekat UiTM ni, aku memang minat orang tu minat orang ni, crush orang tu crush orang ni. Tapi satu pun yang langsung tak melekat dalam hati aku. Cuma hanya bertukar-tukar je orang yang aku minat. Entah lah bila masanya sesorang yang boleh melekat dalam diari hati aku sampai akhir hayat.
Aku dah malas nak bercinta yang hubungannya hanya sementara. Macam aku kata hari tu its meaningless. Sekarang ni, aku nak seseorang tu yang dapat mengetuk pintu hati aku dan hubungan tu sampai ke hubungan suami dan isteri. Umur aku pun dah 20 tahun. Atuk aku pun dah pernah kata dulu-dulu dah boleh kawin dah. Apetah lagi umur aku yang macam ni. Gamaknya kalau tak ada pakwe tunggulah sapa yang sanggup masuk meminang aku dulu. HAHAHA ;D Boleh pulak macam tu.
Hishhh. Nilah akibatnya kalau cuti-cuti macam ni banyak sangat tengok drama dan movie sampai dah jiwang-jiwang macam ni. Dah lah tuuu. Korang pun mesti tak nak baca yang entry panjang lebar sangat kann.
okay. Tata titi tutu. ;)
Posted by Yana Liyana at 21:43 0 comments
Tuesday, 14 February 2012
Kita Diracuni ?
Post kali ni nak cerita pasal yang berlaku semalam waktu tengah main masak - masak dengan mama. HAHA ;D
Pasal makanan la apa lagi kannn.
Eh, kenapa tajuk post ni kata "Kita Diracuni" ea? Sapa yang kena racun ? Dan sapa pula yang diracun ?
Ni tak ada kena mengena sapa kena racun dan sapa yang diracun tapi sebenarnya kita SELURUH DUNIA MANUSIA telah diracun !!!!
Nak tahu kenapa ? Okay, jom ikut saya untuk mengembara dengan topik ni yea . ;)
"Kita anggap saja ikan tersebut terus di bawa menaiki kapal untuk dieksport.Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam...semasa ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia dan Singapura ianya telahpun lesu dan kurang segar ( itupun jika terus dieksport bagaimana pula jika ikan tersebut dieskport keesokan harinya? ) Jadi untuk mengelakkan berlakunya perkara ini pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua teknik baru yang digunakan itu?
Sebelum dieksport, semua ikan-ikan tersebut direndam terlebih dahulu di dalam air yang dicampur dengan sejenis bahan kimia disebut FORMALIN. Ini adalah bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama dan kelihatan masih 'fresh', keras dan segar bila sampai ke destinasinya termasuk ke negara kita.
Tahu kah anda semua...Apa itu bahan kimia bernama FORMALIN?... FORMALIN merupakan sejenis bahan kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama atau dalam bahasa inggeris disebut 'embalm'. (sila klik semua tulisan biru untuk info lebih jelas).Mayat-mayat umat Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini. Sekarang... tanpa disedari... ikan-ikan yang kita makan hari-hari termasuk di restoran dan hotel besar berkemungkinan mengandungi bahan kimia tersebut ... maka apa hukumnya pulak?
Kalau kita beli ikan di pasar ada caranya untuk kita mengesan .. kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Formalin kerana lalat tidak akan hinggap pada ikan yang mengandungi bahan kimia tersebut.Mungkin kita boleh mencuba dengan membeli ikan yang kelihatan segar dipasar bawa balik dan biarkan disatu tempat serta lihat apakah ada lalat yang akan hinggap....sesungguhnya Lalat lebih mengetahui !!!."
Posted by Yana Liyana at 19:55 0 comments
Friday, 10 February 2012
Money, money and money.
Assalamualaikum :)
Bunyi macam dah gian dengan duit je kan. HAHA ;P
Tapi hidup ni kalau tak ada duit susah jugak.
Okay. Okay.
Dah lama tak membebel kat blog ni kan. Lama ke? Padahal baru berapa hari je kan. HAHA ;D
Jangan layan kesengalan saya. Saya memang begini. WAHAHAHA ;))
Actually, dalam beberapa hari ni aku dengan mama tengah mencari jalan macam mana nak cari duit lebih. Ada la satu hari, datang la seorang hamba Allah yang baik hati ni nak menolong. Aunti tu jiran kitorang jugak. Dia ada cerita kat mama pasal nak cari pendapatan lebih ni. Aunti tu cerita orang yang masuk benda tu boleh meraih pendapatan lumayan dalam masa 4 bulan dah boleh meraih 5K dan dengan usaha yang lebih orang tu telah meraih pendapatan lebih 20K setiap bulan ! WOW ! Bila mama cerita balik dekat aku, aku sangat curiosity !
Then, Aunti tu bawak la kitorang pergi kelas untuk mendengar penerangan yang lebih lanjut pasal bisness tu. WOW ! Seriously, aku sangat terpegun. Siang tu aku puasa. Yang pergi kelas tu malam. Puasa, korang tau je lah kan mesti malam tu nak makan puas - puas. Tapi aku hanya berbuka dengan kuih then terus pergi ke kelas bisness tu with mama and aunti tu. Korang tau betapa laparnya aku waktu tu. Tapi bila dengar pasal duit terus aku lupa akan perut aku yang berkeroncong tu ! Seriously ! Terlalu memikat hati aku untuk join bisness tu.
Bisness ni bukan lah sekadar meraih pendapatan yang lumayan. Tetapi juga meraih keinginan seorang manusia untuk hidup lebih sempurna. Sesiapa yang telah mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh syarikat, dia akan berpeluang memiliki sebuah kereta mewah dan juga percutian ke luar negara. Siapa yang tak bercita-cita memiliki semua tu. Percayalah, semua yang hidup kat atas muka bumi ni mesti mempunyai angan-angan macam tu kan ! :)
Bisness ni bukan lah bisness yang cepat kaya ke apa. Kalau bisness yang cepat kaya tu mesti telah meraih pendapatan lebih 10K dalam masa seminggu dua. Tu semua menipu, penipu dan ditipu belaka. Tapi bisness ni mempunyai kelebihan dia yang tersendiri. Sangat menarik ! Kalau korang pun mesti tertarik jugak kan ! :) Bohong lah kalau aku kata korang tak berminat. Hidup memerlukan duit. Tanpa duit apa yang kita nak pun semuanya angan-angan belaka. Lebih-lebih lagi kita ni student. Memang sangat la memerlukan duit nak sara hidup kita dan perbelanjaan kita dekat universiti.
Now, aku, mama dan ayah sekarang ni dah pun menggunakan produk yang telah kami beli daripada bisness tu. Not to be worry. Bisness ni bukan lah bisness direct selling yang memerlukan korang pergi ke sesuatu tempat dan ke tempat yang lain untuk menerangkan produk syarikat tersebut. Kerjanya tak memerlukan seperti itu, cuma korang kena mengajak rakan-rakan anda untuk join dan menghadiri kelas bisness yang telah di anjurkan oleh syarikat tersebut. Tak jauh pun tempat tu. Kalau korang duduk kat Puncak Alam dan Shah Alam amatlah dialu-alukan. Syarikat cawangan tu hanya dekat Shah Alam je. Memang tak jauh pun dari UiTM Shah Alam. Kalau korang berminat just inbox aku kat FB. Aku boleh bawak korang pergi ke kelas bisness tu berjumpa dengan director bisness tu sendiri. Aku bukan lah nak memaksa korang tapi aku hanya nak menolong orang yang sangat-sangat memerlukan duit dan ingin menambah pendapatan korang. :)
Korang mesti tertanya-tanya bisness apa yang aku buat kan? HAHA ;)
Tak nak lah bercerita sekarang nanti tak surprise kan? Don't worry, bisness ni HALAL untuk dijadikan sebagai kerjaya juga. :)
Kebanyakan mereka yang memasuki bisness ni adalah dari kalangan suri rumah tangga, pensyarah-pensyarah UiTM, dan ada juga yang lulusannya hanya setakat SPM sahaja. Tapi mereka telah buktikan yang mereka boleh meraih pendapatan lebih 20K sebualan !
Produk bisness ini jugak adalah barangan kesihatan dan kecantikan dan selamat untuk digunakan. :)
Okay. Tak nak lah berceramah panjang lebar. Nanti lain pulak jadinya. HAHAHA ;D
Wassalam.
Posted by Yana Liyana at 03:35 0 comments
Sunday, 5 February 2012
Salam Maulidur Rasul :)
Posted by Yana Liyana at 20:10 0 comments
Friday, 3 February 2012
HOPELESS .
Assalamualaikum :)
Hopeless ! Bukan sebab dah nak berputus asa tapi tak nak mengharap. Itu saje. Tak nak mengharap benda yang tak akan terjadi. Tak nak mengharap perkara dan benda yang akhirnya bukan menjadi milik kita. Sebab aku tau, pengharapan yang terlalu tinggi akan menghadapi kekecewaan yang teramat sangat sekiranya kita tak dapat memiliki sesuatu. Aku pernah merasai kekecewaan yang mendalam. So, now, aku tak nak lagi mengharap dan kecewa.
Bukan apa, kadang - kadang aku terlalu mengikut kata hati aku. Ye lahh, waktu sem 2 dekat matriks dulu, kata hati aku mengatakan aku boleh dapat 3.5 above, sekali tu keluar result bawah 3.5 kott! waktu tu aku sangat la kecewa. kecewa yang teramat sangat. lagi bertambah kecewa aku bila, aku tau yang classmate aku semuanya pointer diorang melepasi target diorang. aku sangat kecewa waktu sehingga kan aku rasa aku macam nak repeat balik je matriks. tapi hidup perlu diteruskan!
Untuk mengukuhkan lagi yang sekarang ni aku sedang "HOPELESS" , waktu dapat result UPU. Kata hati aku mengatakan aku boleh dapat mana - mana course engineering dekat UTM. But result nya, aku dapat UiTM dan bukan course engineering. Waktu tu aku rasa teramat amat amat amat lah kecewa. Sehingga kan aku tak makan, menangis sepanjang hari dan mengurungkan diri disebabkan harapan yang terlalu tinggi itu lah. Aku memang tak boleh lupakan segala perkara yang terjadi dekat aku selama aku hidup.
Now, result sem 1 tak lama lagi akan keluar. ramai kawan - kawan aku ( yang kebanyakannya course engineering U lain ) semuanya dah dapat result diorang dan diorang success ! Aku gembira tengok diorang bahagia dengan nikmat yang diorang dapat. dan aku mula untuk tidak mengharap keputusan yang tinggi - tinggi. Aku cuma harap aku dapat keputusan yang memuaskan diri aku dengan usaha yang aku lakukan selama 5 bulan ini. Aku tak nak kecewa lagi dengan pengharapan yang terlalu tinggi.
Kepada semua readers, doakan lah yang terbaik untuk diri aku ea :))
Scattered pieces of a broken soul,
How to recollect, need some reconstruction.
I feel my life, so out of control.
Does anyone have any advice, some form of instruction?
How did he make me feel so utterly worthless?
So demeaned in my very own eyes.
I didn't think I'd be so damn speechless,
The moment we said our last goodbyes.
I walk alone today,
Wishing I did not have this emptiness,
Just praying that soon will come a better day.
So many feelings I never got to express.
Posted by Yana Liyana at 01:17 0 comments
























